SEAWAL jam 4 pagi, dia sudah bersiap sedia bersama ibunya, Mariam Mat Arif menoreh getah. Semua itu berlaku selepas arwah bapanya, K Hamzah Pandak Samad meninggal ketika usianya mencecah lima tahun.
Dia tidak menafikan kehidupan bersama ibu dan dua saudaranya yang lain dan takdir itu diterima dengan tabah. Sebaik habis menoreh dia akan ke sekolah dengan hanya berkaki ayam dan berjalan kaki sehingga dua kilometer. Paling daif, untuk membeli kasut berharga 80 sen di kala itu pun si ibu tidak mampu sehinggalah dia menginjak ke sekolah menengah, tiada istilah malu buat dirinya walaupun hanya berkaki ayam.
Lebih malang lagi, dia tidak pernah dibekalkan dengan wang saku tetapi disebabkan mempunyai akal panjang iaitu mengambil upah menjual kuih dan nasi dalam kelas, lebihan jualan akan diberi ganjaran kepadanya. Ketika menjejak kaki ke sekolah menengah pula, dia tiada buku teks kerana tidak mampu membelinya. Tetapi wanita ini, Dr Robiah K Hamzah, 60, bertuah kerana sahabat baiknya iaitu anak seorang guru akan meminjamkannya untuk disalin nota penting terlebih dulu. Di situlah keazamannya tersemat kukuh untuk keluar daripada kepompong kemiskinan dengan belajar bersungguh-sungguh demi menebus kepedihan masa lalu.
Hari ini, dia antara pakar perunding motivasi kekeluargaan dan remaja yang melakar nama tersendiri dalam persada motivasi tanah air dan tidak dinafikan kepetahannya melontarkan kata-kata spontan tetapi berisi membuatkan dia antara wanita yang menjadi intipan media untuk mengupas sesuatu isu.
Kini beliau cukup popular pada kaca televisyen dengan bergelar Mudirah (pengetua) pertama bagi program ‘Ustazah Pilihan’ yang disiarkan di Astro Oasis. Manakala dua lagi Mursyidah atau tenaga pengajar adalah Prof Madya Dr Muhaya Mohamad dan Ustazah Zawiah Hassan.
“Sebenarnya, sejak kecil hinggalah remaja, pakaian hari raya tidak pernah berganti. Tetapi nasib bernasib baik emak saudara yang bekerja sebagai jururawat mempunyai banyak pakaian yang tidak dipakai, lalu dia akan berikan kepada saya.
Waktu malam pula, emak mengajar budak-budak mengaji al-Quran dan selalu tekankan kepada saya agar jangan sedih tengok apa tiada. Bila ke rumah orang berada di kampung kami, emak selalu pesan jangan naik rumah orang atau duduk di tangga saja.
Emak takut kalau barang hilang, ia sekali gus terhindar daripada fitnah dan dengan cara itu akan terselamat daripada tuduhan. Bahkan, kalau tengok susunan perabot yang cantik, dibimbangi saya akan bersedih kerana di rumah kami semua itu tiada dan kami diajar mensyukuri takdir keluarga setabah mungkin. Pesanan itu berbekas serta menjadi pegangan sampai sekarang,” katanya mengimbau kenangan bersama arwah ibunya yang meninggal pada 1997.
Demi untuk keluar daripada kedaifan hidup, dia akui ibunya selalu menekankan betapa pentingnya pelajaran. Untuk itu, dia tidak pernah sunyi daripada proses pembelajaran seumur hidup demi mencapai kedudukan seperti mana diraih sekarang.
Sesuatu yang agak lucu untuk dikenang, pernah suatu hari seseorang menghubungi rumah kebetulan emak mengangkat telefon. Penerbit itu mengatakan yang dia hendak bercakap dengan ‘Dr Robiah’, tetapi penat emak menerang yang saya ini bukan doktor tetapi ‘cikgu’.
Emak juga pernah mengatakan kerja saya tidak habis-habis dengan buku. Pada dia, istilah doktor itu hanya kepada doktor perubatan. Apabila saya menerangkan, barulah emak maklum kenapa selama ini saya tidak habis-habis belajar sehingga berjaya meraih gelaran berkenaan
“Sebagai orang kampung, emak tidak pernah mendapat pendidikan secara formal tentunya kurang berpengetahuan tetapi saya bangga sebab dia sentiasa menggalakkan kami belajar setinggi mungkin,” katanya
Kini, perjalanan kerjaya wanita berhati waja yang kaya dengan pelbagai pengalaman hidup itu semakin ke puncak sekali gus mampu memiliki segala-galanya hasil kerja keras selama ini
Bermula sebagai guru sebaik menamatkan pengajian di Maktab Perguruan Ilmu Khas (MPIK), Cheras, anak kedua daripada tiga beradik ini meneruskan kerjaya di beberapa sekolah di Selangor sebelum bergelar pensyarah di beberapa maktab perguruan.
Paling menarik, dia pernah terpilih menjadi pensyarah program berkembar ‘Institut Bahasa (Maktab Perguruan Bahasa) dan Universiti’ pada 1995 hingga 1998 serta turut mencakupi beberapa bidang yang lain.
Dia juga terpilih sebagai Ahli Panel Penggubalan Sukatan Mata Pelajaran Bahasa Melayu untuk Sekolah Bestari selepas itu.
Pada 2003 hingga 2004, beliau turut terbabit sebagai penilai buku teks selain menghadiri kursus Pemimpin Rakan Sebaya (Perasa), Kementerian Pendidikan (kini Kementerian Pelajaran)Baginya, pengalaman menghadiri kursus kepemimpinan peringkat daerah, negeri dan kebangsaan amat bermakna selain turut meraih pengalaman di peringkat antarabangsa (2002). Lagipun, ketika di sekolah dan maktab dulu, dia amat aktif dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) bagi negeri Selangor serta Exco Majlis Belia Malaysia (MBM) di samping menyumbang khidmat lain untuk masyarakat
Peluang mewakili kepemimpinan belia kebangsaan ke Jepun, India, Thailand dan Singapura menjadi pemangkin semangat serta membuka minda saya agar lebih luas.Syukurlah ilmu yang diperoleh ditumpahkan semula kepada khalayak untuk terus dikongsi bersama,” katanya
Sebagai penceramah atau fasilitator dalam bidang kemahiran berkomunikasi berkesan, keterampilan diri berkualiti, pembangunan remaja, motivasi keibubapaan dan kemahiran belajar, dia turut menghasilkan beberapa buku motivasi.
Saya tafsirkan kejayaan ini berkat tiupan semangat yang dibekalkan emak. Untuk itu, saya bersyukur kerana pernah membuat emak bahagia dengan kejayaan ini dengan menghadiahkannya sebuah rumah ‘merah’
Rumah merah adalah frasa seperti rumah agam yang indah dan pada istilah orang Parit, Perak ia sesuatu yang amat dibanggakan. Lucunya, apabila tukang cat hanya menggunakan sebahagian warna kuning dan selebihnya semua dicat merah,” katanya
PROFIL
NAMA: Dr Robiah K Hamzah
JAWATAN: Pengarah Urusan RKH Motivation & Services, fasilitator komunikasi berkesan, perunding motivasi
TARIKH LAHIR : 20 Oktober 1951
ASAL : :Parit, Perak
STATUS : Berkahwin
ANAK : Norbiza (38), Norbismi (36), Mohd Nurhilmi (32), Norhaina (21)
PENDIDIKAN : Doktor Falsafah Pengkhususan Pendidikan NIlai Dan Pengajaran Bahasa Melayu (UKM)
ASAL : :Parit, Perak
STATUS : Berkahwin
ANAK : Norbiza (38), Norbismi (36), Mohd Nurhilmi (32), Norhaina (21)
PENDIDIKAN : Doktor Falsafah Pengkhususan Pendidikan NIlai Dan Pengajaran Bahasa Melayu (UKM)
Sumber: Mymetro
Assalamualaikum... Mohon jasabaik puan.. Boleh sy dapatkan contact dr.RKH tak? Email pd sy noezam85@gmail.com
BalasPadamAssalamualaikum... Mohon jasabaik puan.. Boleh sy dapatkan contact dr.RKH tak? Email pd sy noezam85@gmail.com
BalasPadamsy nk no tel dr robiah, emel sy - myasally22@gmail.com
BalasPadamAssalamualaikum...mohon berikan no.tel Dr Robiah..emel saya...waty_daud73@yahoo.com
BalasPadam03 2245 2005
Padam