Jumaat, 30 November 2012

Aku hanya seorang Insyirah


Aku hanya seorang Insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.

Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam. Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.









Selasa, 27 November 2012

Mengutip hikmah di sebalik kejadian......

Bismillahirohmannirahim

alhamdulillah nampaknya sudah genap 3 hari qiammulail krukk berlalu pergi  yang mana telah berlangsung pada hari sabtu dan ahad lepas pada 24 dan 25 november .......
dan  melalui qiammulail ini terdapat banyak hikmah yang telah di siapkan oleh Sang kaliq buat diri ini dan juga sahabat-sahabat seperjuangan ..... mungkin disebailk kejadian yang berlaku dipertapakan qiammulail kami di masjid universiti malaysia Sabah (ums) mungkin semuanya telah dirancang dengan baik olehNYA , selain itu juga mungkin ini merupakan teguran buat dirii ini dan juga sahabat - sahabat seperjuangan yang lain...

Khamis, 22 November 2012

Muslimah layan cartoon (^_^)

Bismilahirohmannirahim
Apabila dilihat daripada mata kasar seorang muslimah itu sangat ayu dan warak saja perwatakannya.
Adakalanya timbul seribu persoalan di dalam minda .... muslimah ini begitu sibuk dengan kerja dakwahnya masanya begitu fit, setiap hujung minggu pasti muslimah ini tiada di rumah kerana pergi mengisi masa lapangnya dengan usrah di hujung minggu ......


Namun ralat ku memikirkan adakah muslimah ini mengisi masa lapangnya seperti aku???yang suka luangkan sedikit masa dihujung minggu untuk melihat cartoon kegemaran ??? namun aku juga digelar  sebagai daei muslimah oleh sahbiah2  dan junior di sekolah ku!!!! sebab mereka kata aku juga begitu memberi komitmen dalam gerak kerja dakwah ku  samaada di dalam sekolah mahupun bergerak kerja di luar sekolah .... aku juga menjadi naqibah untuk ahli-ahli usrahku , aku juga sentiasa melibatkan diri dalam program-program yang berunsurkan islamik , aku juga sentiasa menjadi pengerak di belakang tabir bagi sesebuah program yang dijalankan oleh persatuan dan kelab yang aku ikuti..........



Namun mungkin sifat semula jadi ku yang agak kelembutan dan kemanjaan sedikit yang membuatkan naluri yang ada dalam diri  suka terhadap  sesuatu benda yang lucu , menarik, lawak serta sentiasa berpegang dengan falsafah entah dari mana..... yang berbunyi tanpa lucu tiada lah senyuman yang terukir dan juga sering kali berpendapat bahawa sebagai seorang muslimah yang penuh dengan sifat kelembutan ini juga merupakan manusia biasa yang sentiasa ingin membiasakan diri dengan kehidupan sekeliling agar tidak sentiasa dilihat pelik dan aneh di mata generasi sekarang.....

Rabu, 21 November 2012

Senyumlah selagi boleh (^_^)

 

senyum lah selagi boleh walaupun adakalanya senyuman yang terukir di bibir itu hanya lah satu senyuman yang hanya dibuat-buat sahaja 
senyum lah selagi boleh walaupun adalanya di luaran kita terlihat seribu kegembiraan namun di hati hanya tuhan saja yang maha mengetahui ......

Isnin, 19 November 2012

Dalam Dakwah Ada Cinta (^_^)(^_^)

Bismillahirohmannirahim....


Dalam Dakwah ada cinta.....
kak Husna kenapa akak cakap dalam Dakwah tue ada cinta??
rancak saja pertanyaan Qibtiyah kepada Husna , yang merupakan naqibahnya  merangkap senior di sekolahnya dulu.....

Husna yang dari tadi hanya berdiam diri mendengar soalan2 dari adik usrah kesayangannya ini ... dia pun mula mengukirkan senyuman dan senyuman itu membuatkan Qibtiyah menjadi tanda tanya....
akak Husna nie adik tanya lah kak tapi akak senyum2 ja 
kenapa kak soalan adik tadi tiada jawapan kah kak??? soal Qibtiyah dengan resah
kata-kata Qibtiyah membuatkan Husna ketawa kecil .....

mari dengar akak jelaskan kenapa tadi akak cakap bahawa Dalam Dakwah ada cinta.... 
tapi sebelum tue akak mahu terangkan pada Qibtiyah bahawa cinta yang akak maksudkan nie bukan lah cinta antara wanita dan lelaki yang seperti kita ketahui... contohnya couple tue....

Qibtiyah mengangguk bahawa menunjukkan dia faham ....
dengan apa yang di perkatakan oleh Husna tadi....
 Dalam Dakwah nie dik akan ada wujudnya ukhuwah iaitu jalinan yang kita bina sesama saudara islam kita dengan niat kerana Allah swt  . Seperti hubungan akak dengan Qibtiyah iatitu satu hubungan kasih sayang yang erat terjalin lillahi taala ....


Daripada Abi Hamzah Anas Bin Malik r.a. khadam Rasulullah s.a.w., daripada Rasulullah s.a.w. sabdanya, 

"Tidak beriman seseorang kamu sehinggalah ia mengasihi kebaikan untuk saudaranya sebagaimana ia mengasihi kebaikan untuk dirinya sendiri"

Dik akak mahu kita sentiasa ingatkan diri kita selalu dengan hadis ini kerana tanpa kasih sayang dalam diri kita terhadap saudara Islam kita tidak akan kemana jalan Dakwah kita itu sia-sia saja......
(^_^) (^_^)



Ahad, 18 November 2012

kami tidak akan biarkan kamu zionis musnahkan saudara ISLAM kami !!!!!!!

Bismillahirohmannirahim

assalamualaikum sahabat yang  dikasihi lilhahi taala sekalian ... alhamdulillah sejak beberapa hari nie muliati buka saja muka buku ramai sahabat facebook yang share gambar-gambar palestin dan gaza di facebook mereka. ada juga yang gunakan gambar-gambar nie buat gambar cover n profile mereka...
bila lihat keadaan nie tiada apa yang boleh di ucap selain ucapan syukur alhamdulillah kerana masih ramai yang perihatin tentang saudara-saudara islam kita di palestin sana..
mungkin kita tidak dapat membantu saudara kita di sana dari aspek kewangan dan material kan??
tapi percayalah dengan doa dan sokongan yang kita buat di muka buku kita sebenarnya sedikit sebanyak dapat membantu saudara kita itu. Dan apabila  kita muat turun gambar-gambar berkaitan dengan palestin  dan juga kita share info-info yang berkaitan dengan saudara kita di sana sekurang-kurangnya rakan-rakan kita yang lain yang mana turut terbaca info atau melihat gambar-gambar ini sekali gus dapat mengetahui perkembangan semasa saudara kita di sana .... sekurang-kurang ada usaha yang kita lakukan dan tidak hanya bergoyang kaki saja sehinggakan tiada lagi perasaan belas kasihan terhadap saudara islam sendiri...


Dengan usaha yang kita buat menggunakan virtual world ini juga akan membuka mata kaum nasrani dan yahudi bahawa kita umat islam tidak akan hanya berdiam diri saja melihat saudara kita di pijak dan di musnahkan oleh mereka!!!

tapi ingat para rejim zionis walau kamu mempunyai senapang dan bom yang canggih untuk memusnahkan saudara kami di sana .... jangan lupa bahawa kami ISLAM mempunyai DOA untuk hancurkan kamu....
ingat!! jika ALLAH telah berkehendak tiada sesiapa dapat menghalangnya

KUN FAYAHKUN!!!!!




Sabtu, 17 November 2012

hukum menonton filem lucah


MENONTON FILEM LUCAH OLEH SUAMI ISTERI

.SOALAN
.ASSALAMUALAIKUM UZTAZ.SAYA NAK BERTANYA MENGENAI MENGAJAK ISTERI MENONTON FILEM LUCAH UNTUK TUJUAN MEMPELAJARI TENTANG CARA-CARA MELAKUKAN SEKS.INI KERANA ISTERI SAYA TIDAK BEGITU PANDAI MELAKUKAN SEKS DAN UNTUK MERANSANGKAN NAFSUNYA DULU SEBELUM MELAKUKAN HUBUNGAN KELAMIN.APA PENDAPAT USTAZ?
.JAWAPAN
.Wa'alaikumussalam,
Hukumnya haram secara sepakat ulama walaupun niatnya baik. Ia diharamkan kerana :-
.PERTAMA
.Islam mengharamkan melihat aurat orang lain, terutamanya bahagian sulit. Nabi SAW bersabda :
Ertinya : "Janganlah seorang lelaki melihat aurat lelaki yang lain, dan janganlah wanita melihat aurat wanita yang lain"
Sudah tentu apabila melihat filem tersebut, akan dilihat aurat si pelakon tadi malah dalam keadaan yang tidak diizinkan oleh Islam pula.
.KEDUA
.Islam juga tidak berapa menggalakkan si suami melihat kemaluan isteri dan begitu juga sebaliknya, sebagaimana displin seks Islam yang dinyatakan oleh Sayyidatina Aisyah r.a berkenaan hubungannya dengan baginda SAW. ( Hadith ini adalah lemah, bagaimanapun ia dikira sebagai adab sahaja berdasarkan umum dalil-dalil lain). Jika demikian hukumnya, maka sudah tentu melihat kemaluan selain pasangan yang halal di dalam filem lucah lebih lagi ditegah oleh Islam.
.KETIGA
.Terdapat cara lain untuk mempelajarinya, iaitu dengan membeli buku panduan seks dalam Islam yang melakarkan gambar-gambar lukisan sahaja.
.KEEMPAT
.
Filem-filem ini sudah tentu dilakonkan oleh orang bukan Islam serta sudah tentu menjalani hubungan seksual tidak menurut displin Islam dalam hubungan seks. Termasuklah melakukan seks secara yang diharamkan oleh Islam. Justeru, meniru teknik yang diharamkan sudah tentu diharamkan juga.
Sebagai contoh, Islam tidak menggalakkan suami isteri bersama dalam keadaan telanjang bogel sebagaimana disebutkan sebagai salah satu displin adab melalui hadith :-
.إذا جامع أحدكم أهله فلا يتجرد تجرد العيرين
.Ertinya : "Apa seorang kamu 'bersama' isterinya maka janganlah kamu bertelanjang bogel ( bermakna perlu berselimut)" ( Riwayat Ibn Majah 1/619 no 1921 )
Demikian juga displin dan adab-adab lain seperti berdoa sebelum bersama, tidak mendatangi isteri dari duburnya, tiada oral seks, berwudhu jika ingin bersama kali kedua sebelum mandi dan banyak lagi adab dan hukum Islam yang tidak akan dapat dipelajari dari filem lucah itu. ( Nizom al-Usrah, Dr Md Uqlah, 2/16-17)
.KELIMA
.Dibimbangi si suami atau isteri akan terbayangkan pasangan pelakon di dalam filem lucah tersebut. Maka ia jatuh ke dalam perkara haram yang lain pula.
.KEENAM.Nabi Melarang menceirtakan perihal sulit aurat orang lain, apatah lagi melihatnya di dalam video seperti ini.Nabi SAW bersabda :
.لا تباشر المرأة المرأة فتنعتها لزوجها كأنه ينظر إليها
.
Ertinya : janganlah seorang wanita melihat aurat wanita lain, lalu menceritakannya kepada suaminya sehingga seperti (suaminya) melihatnya ( Riwayat Al-Bukhari )
Kesimpulannya, diharamkan menggunakan filem lucah samada untuk menaikkan syahwat suami isteri mahupun sebagai pengajian.
sekian
.
OLEH
USTAZ ZAHARUDDIN ABD RAHMAN

Khamis, 15 November 2012

Rumahku yang daif......


Bismillahirohmanirahim....
Biarlah rumahku daif ,asalkan ada tempatku berteduh untuk beribadah.....
apalah nikmatnya rumah tersergam mewah dan indah jika di dalamnya tidak ada satu ruangpun yang disediakan untuk menghamparkan sejadah semua ruangnya  sesak dipenuhi dengan barangan perhiasan mewah yang adakalanya langsung tidak berfaedah buat diri......

Aku mengkagumi dirinya ya Rabb....

                                                             Bismillahiromannirahim
Disaat engkau mencintai atau mengkagumi seseorang dalam hatimu
maka biarkan ia menjadi satu rahsia bagi dirimu sendiri
jangan sampai ada orang lain tahu .Bahkan jangan sampai syaitan juga tahu .Cukup hanya ya Kaliq saja yang mengetahui isi hatimu kerana itulah yang sebaik-baiknya dan apa yang dirimu rasai saat kini
.Dan apabila orang yang kamu kagumi itu tidak dapat kamu miliki kelak maka yakinlah bahawa akan ada yang lebih baik dari dirinya yang telah dipersiapkan oleh Allah untuk diri mu...

Jangan terlalu bersedih andai dia yang kamu kagumi itu tidak dapat menjadi milikmu
cukup kamu berdoa untuk kebahagiaan dirinya bersama pasangan hidupnya semoga kamu juga akan bertemu dengan seseorang amir dalam hidupmu yang akan membuat kamu bahagia dan dapat mengukir sejuta senyuman kelak dan bersama-sama membina usrati jannati ameen...

Ibuku seorang anak pelaut.........

Assalammualaikum w.b.t  pada entri kali nie muliati ingin  kongsikan kisah kehidupan orang yang paling berjasa dalam hidup muliati iaitu puan Azizah bte Salahir  yang mana wanita berjasa inilah yang telah mengandungkan  dan melahirkan muliati ke muka bumi selama  sembilan bulan sembilan hari ibu ini membawa muliati di dalam rahim ke sana kemari semata- mata hanya ingin membiasakan muliati agar dapat hidup  di persekitaran yang sangat berbeza dari tempat tinggal muliati yang asal iaitu rahim miliknya......
apabila lahirnya muliati ke muka bumi  ibu ini lah yang pertama sekali menitiskan air mata jernih menuruni corong pipi ...... ya itulah air mata kegembiraan apabila dapat melihat puterinya lahir dengan sempurna  ke muka bumi.........

apabila muliati berasa seronok menikmati makanan yang di sediakan oleh ibu ini sehingga menjatuhkan beberapa butir nasi ke atas lantai.........
ibu ini yang memberikan nasihat buat muliati agar tidak membazirkan rezeki Allah..... lalu ibu ini bercerita tentang pengalaman hidupnya semasa kecil yang mana bertapa pentingnya sebutir nasi buat dirinya....
dulu mama langsung tidak memikirkan sama sekali tentang mainan seperti kanak- kanank lain yang mama fikirkan adakah rezeki yang akan di bawa pulang oleh atuk dan nenek dari laut untuk dijadikan alas perut untuk malam ini......... adakah rezeki yang disediakan oleh Allah untuk esok hari......... 


penantian demi penantian di tepi pantai air mata mula jatuh mengenangkan nasib atuk dan nenek yang bergelut dengan ombak besar di tengah lautan hanya doa daripada seorang anak  yang mula mengenangkan kesusahan dan keperitan hidup.........
ya Allah selamatkanlah kedua ibubapaku daripada ombak besar lautan ini ya Allah.......
sesungguhnya  hamba masih kecil dan masih mendahagakan setitis susu ibu ya Rabb........
wahai ombak besar jangan kau ambil nyawa kedua ibu bapaku aku masih memerlukan mereka tangisan semakin lebat menuruni corong pipi......


apabila matahari mula menghilangkan  dirinya dari pandangan bumi ..........
 dan apabila bangunnya si anak kecil yang terlelap dari tidur kerana seharian menunggu si ibu dan bapa pulang dari laut .....
terdengar si anak kecil suara nyanyian dari pada seseorang yang sangat dia kenali suara inilah yang sering melelapkan matanya setiap malam untuk tidur ... ya tidak lain dan tidak bukan itu lah suara si bapa yang menyanyi -nyanyi  Lepaku oh lepaku moleh na kami ma lahat .....
itulah suara atuk yang menyanyi -nyanyi pulang dari memancing ikan di laut.... 


apabila sampainya sampan lepa ke tepian pantai si anak kecil berlari segera mendapatkan si bapa dan si ibu...
lalu bertanya. mak pak bnyak dpt rezeki hari nie???
si ayah tersenyum dan berkata alhamdulillah ada juga rezeki kita dapat walaupun ombak besar 
ada juga untuk kita makan malam ini dan esok pagi.....
si anak kecil senyum gembira


                                                                 
   Ibu tahu hidup mereka sekelurga hidup dalam kemiskinan  jadi apabila setiap kali makan dia tidak pernah menjatuhkan sebutir nasi pun ke atas lantai kerana ia sangat2 berharga 
selain itu oleh kerana si ibu hidup dalam kemiskinan lahir dari keluarga pelaut tiada pendapatan tetap dia terpaksa melupakan niatnya untuk pergi sekolah seperti kanak-kanak lain.
sebab itulah apabila muliati tanya pada ibu kenapa ibu tidak boleh membaca barulah kini muliati mengerti
namun muliati bangga dengan ibu kerana masih ada ciri peninggalan Rasulullah dalam diri ibu iaitu Ummi 
Ibu selalu berpesan kepada muliati jangan malas belajar kerana ilmu saja boleh mengubah kehidupan cukup cuma ibu Ummi jangan anak- anak ibu.......

 TERIMA KASIH MAK DARIPADA ANAKMU YANG KINI TELAH BERUBAH
(SRI MULIATI BTE ABDUL LATIF)

Isnin, 12 November 2012

Surah muhammad ayat 7

Assalammualaikum ...........................


Wahai orang-orang yang beriman sekiranya kamu 
bantu agama Allah nescaya Allah akan membantumu
serta akan memperkukuhkan lagi kedudukanmu
(surah muhammad ayat 7)


dari awal lagi muliati mengikuti halaqa usrah  ayat ini lah yang menjadi peganggan  buat ahli2 usrah zinnirah 07.....  yang mana pada mulanya muliati langsung tidak tahu makna tersirat di sebalik ayat Allah ini namun setelah diterangkan  oleh naqibah baru muliati faham betul2 apa makna di sebalik  ayat ini......
dan apa bila di amalkan dan dipraktikkan dalam diri terasa ayat ini sebati dengan kehidupan sehari2 begitulah hebatnya ayat Allah ini..........

Ayub Abdul Rahman dulu paderi kini Daie


PADA 8 Ogos tahun lalu, seluruh umat Islam amat merasai kehilangan ulama besar dan pendakwah terkemuka Sheikh Ahmed Hossen Deedat yang meninggal dunia dalam usia 87 tahun. Ramai beranggapan tidak akan ada Ahmed Deedat yang kedua selepas kematiannya itu.
Hanya Allahyarham sahaja yang mampu berdialog mengenai soal ajaran Kristian dan kitab Bible bagi tujuan menyerlahkan lagi kebenaran ajaran Islam itu sendiri.
Namun pertemuan penulis dengan seorang lagi pendakwah baru-baru ini tidak syak lagi mampu membuka lembaran baru mengenai ‘kemunculan’ atau pengganti Ahmed Deedat walaupun mungkin tidak sehebat Allahyarham.
Bahkan lebih menariknya, Ustaz Ayub Abdul Rahman 59, sendiri dahulunya seorang seorang pendita atau Paderi Besar Kristian yang lebih dikenali sebagai Reverend Anthony Samy Perumal Viagulam dan pernah berkhidmat di Gereja St. Augustine of Canterbury, Frankfurter Jerman selama hampir 10 tahun.
Gereja tersebut atau lebih dikenali sebagai Englische Kirche (Gereja Inggeris) merupakan satu-satunya gereja di Jerman yang menggunakan medium Bahasa Inggeris yang beraliran Anglican Episcopal Church. Ia sering menjadi tumpuan penganut Kristian terutamanya dari Amerika Syarikat dan Britain serta lain-lain negara Eropah.
Bagaikan jauhari mengenal manikam. Ayub adalah tokoh yang selayaknya memperkatakan ajaran Kristian dan amat mengetahui semua isi dan selok belok kitab Injil itu.
Namun sehebat itu juga pengetahuan dan amalannya kini terhadap Islam, tidak ada sesiapa dapat mempertikaikan sehinggakan orang ramai tidak ragu-ragu memanggilnya “Ustaz” mahupun “Tuan Haji Ayub”.
Komitmen beliau yang begitu padu terhadap Islam terutama dalam gerakan dakwah dan kebajikan Islam mendapat penghargaan banyak pihak dan terbaru, beliau dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah Peringkat Negeri Sarawak (Saudara Baru) 2005.
Beliau mempunyai fasa-fasa hidup yang cukup menarik bermula dari seorang yang begitu mengabadikan diri terhadap Kristian, akhirnya dilimpahkan dengan nur dan hidayah Allah untuk memeluk Islam pada 4 September 1978.
“Saya telah mempunyai kehidupan yang begitu sempurna semasa menjadi paderi” katanya ketika ditemui di Yayasan Jenderami, Dengkil, Sepang di Selangor baru-baru ini.
Kesempurnaan yang dinikmati dalam institusi gereja itu membolehkan Anthony mengecap kesenangan dalam hidup.
“Segala-galanya disediakan dan diberi percuma oleh pihak gereja. Daripada orang yang akan membasuhkan tandas kita sehinggalah pemandu dengan kenderaan mewah untuk membawa saya ke mana sahaja.
“Ini tidak termasuk tiket-tiket penerbangan kelas pertama ke hampir seluruh pelusuk dunia. Jadi saya tidak ada masalah sepanjang berkhidmat untuk gereja kerana apa sahaja yang dihajati akan segera dipenuhi,” katanya yang telah menjejaki 22 negara bagi menjayakan misionari Kristiannya.
Tugas sebagai Biecht-vader iaitu mengampunkan penganut Kristian yang berdosa turut memberikan kepuasan kepada jiwa Anthony ketika itu. Pernah kata Ayub, beliau diminta mengampunkan penghuni kubur atas permintaan keluarga si mati.
Sehinggalah pada suatu hari berdasarkan pembacaan kitab Bible, perasaan beliau yang setenang air di kali selama ini mula terganggu. “Tanpa seseorang itu dibaptiskan, tidak memungkinkan seseorang itu menghuni syurga!”
“Apabila saya terbaca ayat itu, hati saya begitu terusik. Ini kerana secara tiba-tiba saya terkenangkan jiran-jiran saya di Kampung Pelanduk Jatuh, Bukit Mertajam Pulau Pinang.
“Mereka merupakan jiran yang sangat baik. Sehinggakan saya masih ingat walaupun mereka menjalani ibadat puasa Ramadan, kami sekeluarga adalah orang pertama yang akan menerima juadah berbuka puasa mereka.
“Mereka tidak akan berbuka selagi kami tidak menerima juadah tersebut walaupun kami bukannya beragama Islam. Ia memang satu situasi yang mengharukan.
“Begitu juga apabila ada ahli keluarga saya sakit dan memerlukan rawatan segera ke hospital, jiran-jiran Melayu saya inilah yang akan bersusah payah menggunakan kenderaan mereka untuk membawa kami ke hospital dan mereka tidak pernah berkira.
“Saya kira mereka merupakan jiran terbaik yang pernah saya jumpa” kata Ayub.
Apabila mengenangkan kebaikan jiran-jirannya itu dan ajaran Kristian, Anthony begitu terusik kerana kebaikan mereka itu akan berakhir dengan masuk ke neraka!
“Saya benar-benar sedih kerana mereka ini tidak pernah dibaptiskan maka tentunya mereka tidak akan layak masuk ke syurga Allah.
“Sehinggakan buat pertama kali saya memperkenalkan sembahyang malam yang sebelum ini tidak ada dalam cara orang Kristian beribadat. Ini kerana saya benar-benar memerlukan jawapan mengenai persoalan ini,” jelasnya.
Oleh kerana memiliki kunci pintu gereja maka pada suatu malam, dihadapan altar beliau sembahyang dan ‘merayu’ kepada tuhan supaya jiran-jirannya itu dikecualikan daripada memasuki neraka.
Namun bagi Anthony sudah sampai tahap dan masa untuknya mengubah akidah umat Islam itu sendiri.
Lantas beliau memohon kebenaran pihak gereja untuk mengkaji dan mendalami al-Quran yang bakal dijadikan senjata untuk melumpuh dan melemahkan umat Islam itu sendiri.
Permintaan Anthony segera dipenuhi malah pada tahun 1973 beliau dihantar ke Millhill Missionary Institute di utara London bagi membolehkan paderi ini mempelajari Islam sebanyak mana yang beliau mahu.
“Pada mulanya untuk selama tiga bulan, tetapi saya lanjutkan sehingga enam bulan kerana telah direncanakan oleh tuhan, saya tidak menemui apa yang dicari kecuali jika terus mencari apa yang ditemui hanyalah keindahan Islam.
“Tiada kecacatan langsung mengenai Islam malah kalau ada 10 kitab al-Quran yang didatangkan dari mana-mana negara di hadapan saya. Baik sama ada dari Afrika, Asia malah dari Eropah sendiri, yang saya jumpa hanyalah ayat-ayat yang sama.
“Kata-kata Allah itu begitu terpelihara dan tidak berubah oleh sebarang tokok tambah dan pengurangan. Malah nama agama itu sendiri, memang ada tertulis di dalam al-Quran dan makna dari ayat 85 Surah al-Imraan benar-benar mengejutkan saya sehingga saya menjadi lebih ketakutan.
Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi. (Al- Imraan: 85)“Jadi, siapa sebenarnya yang akan rugi di hari akhirat kelak?,” katanya.
Menurut Ayub, adalah tidak mudah sebenarnya untuk beliau menerima Islam kerana dirinya sangat berpengetahuan dalam ajaran Injil itu sendiri sehinggakan banyak mengunjungi tempat suci orang Kristian di seluruh dunia. Peluang yang tidak diperolehi oleh penganut lain.
“Ditambah dengan persekitaran hidup dalam biara dan sentiasa dipantau oleh pihak gereja sehinggalah oleh pihak Vatican di Itali,” katanya.
Namun 4 September 1978 mencatatkan tarikh yang bersejarah apabila paderi ini akhirnya dengan seikhlas hati mengakui keesaan Allah s.w.t sebagai tuhan yang satu yang tidak disekutukan dengan mana-mana makhluk lain termasuk Nabi Isa a.s.
Beliau diIslamkan di bumi Sarawak sebagai saksi dengan dibantu oleh Ketua Menteri Sarawak pada masa itu, Tun Patinggi Abdul Rahman Yaacob.
“Jadi, tahulah anda dari mana saya mendapat nama Abdul Rahman selepas saya memilih Ayub sebagai nama Islam saya,” katanya.
Rupa-rupanya tindakan Ayub memeluk Islam itu bukan sahaja menimbulkan kejutan kepada banyak pihak namun yang lebih tidak sangka-sangka sehingga membahayakan nyawanya pada masa itu.
“Tidak dapat dilupakan bagaimana takut dan ngerinya saya pada masa itu apabila rumah yang saya diami dibaling orang dengan ketulan-ketulan batu.
“Tidak sangka tindakan saya memeluk Islam tidak disenangi oleh sesetengah pihak,” katanya.
Demi keselamatan dirinya, Ayub terpaksa menyembunyikan diri di Jeddah, Arab Saudi dan di Tanah Haram, Mekkah Al Mukarramah selama tiga tahun.
“Tetapi begitu sekali kekuasaan Allah! Jika tidak kerana persembunyian ini tentulah saya tidak berpeluang untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci. Saya benar-benar bersyukur kerana diberikan peluang yang sebegini hebat.
“Bagai tidak percaya, baru sehari dua mengucapkan kalimah syahadah di tanah air tetapi Rumah Allah, Kaabah itu kini berada di hadapan mata dan saya tidak mampu menahan air mata yang mengalir. Seumur hidup tidak pernah menangisi diri tetapi saya benar-benar merasakan diri ini begitu kerdil dan hina berbanding nikmat iman yang diberikan oleh-Nya kepada saya,” katanya.
Selama tiga tahun itu, Ayub mengambil kesempatan mendalami Islam dalam semua aspek terutama al-Quran bagi menambahkan keyakinan dan memberikan kekuatan sebagai seorang yang baru dalam Islam.
Hanya kebelakangan ini sahaja, Ayub memberanikan diri berdakwah secara terbuka termasuk memasuki segenap pelusuk pedalaman Sarawak dan Semenanjung bagi menyebarkan Islam sambil melakukan pelbagai kerja kebajikan.
Namun seperkara yang menarik mengenai Ayub ini apabila setiap hujung minggu, beliau ‘menukar’ statusnya sebagai pemandu pelancong.
“Hujung-hujung minggu saya pasti berada di perkarangan masjid-masjid di sekitar Kuching. Di situ saya berperanan sebagai pemandu pelancong kerana ramai menjadikan Masjid Bahagian Kuching sebagai destinasi kunjungan mereka setiap kali datang ke sini.
“Daripada mereka terjengok-jengok dan tiada sesiapa membantu untuk menjelaskan fungsi dan peranan masjid, adalah lebih baik saya menemui rombongan pelancong yang rata-ratanya warga Barat itu dan mengajak mereka masuk dan melihat sendiri keadaan dan suasana masjid,” katanya yang telah tiga kali mengerjakan haji dan bercadang ke Tanah Suci sekali lagi tahun ini.
Kebanyakan mereka ini, kata Ayub, mempunyai salah tanggapan mengenai Islam dan masjid itu sendiri. Ini termasuklah percaya terdapat patung Nabi Muhammad dalam masjid kerana menganggap baginda merupakan tuhan yang memperkenalkan agama yang mereka panggil sebagai “Muhamaddan”, golongan wanita dinafikan hak mereka untuk beribadat di masjid dan sebagainya.
“Jadi saya ajak mereka masuk dan lihat sendiri akan ‘patung’ tersebut. Ini kerana mereka mungkin menganggap ajaran Islam seperti ajaran Kristian yang terdapat patung Jesus di dalam gereja.
“Tetapi apabila mereka mendapati suasana di dalam masjid tidak seperti yang mereka sangkakan, lalu mereka kehairanan. Di sinilah saya mengambil kesempatan memberi gambaran sebenar mengenai masjid dan terangkan mengapa tidak perlu adanya sebarang patung, apa itu arah kiblat dan sehinggalah mengapa diasingkan jemaah lelaki dan perempuan.
“Apabila tiba waktu sembahyang, saya meminta mereka melihat sendiri bagaimana orang Islam sembahyang dan saya bersedia menjawab apa juga persoalan yang diajukan selepas itu.
“Begitu juga apabila kedengaran seruan azan yang mereka anggap sebagai lagu ibadat paling merdu yang pernah mereka dengar, saya akan jelas makna di sebalik ‘lagu merdu’ itu,” katanya yang menggunakan kelebihan berbahasa Jerman dan Inggeris bagi tujuan ‘dakwah’ itu.
Ketika ditemui penulis, Ayub sedang membantu seorang lagi saudara baru iaitu merupakan pelancong Finland yang menghadapi pelbagai kesukaran di sini.
Lawatannya di kampung-kampung masyarakat Melayu di sekitar Lumut, Setiawan dan Seri Manjung, Perak baru-baru ini menyebabkan lelaki Finland ini begitu tertarik kepada Islam dan terus memeluk agama itu.
“Tindakan itu menyebabkan isterinya di Finland begitu marah dan menganggap apabila suaminya itu memeluk Islam bererti dia akan menjadi pengganas serta menggalas senjata. Lalu keluarga pelancong ini memberi amaran jika dia pulang semula ke negaranya itu, dia akan mati ditembak.
“Jadi siapa sebenarnya yang ganas? Malah mereka menganggap kehadiran Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad ke negara ini baru-baru ini semata-mata untuk merekrut askar dan tentera di kalangan orang Islam di negara ini untuk tujuan keganasan. Sehingga begitu sekali tanggapan mereka mengenai Islam,” katanya yang sedang membantu mengenai kebajikan pelancong itu di sini.
Berkahwin dengan Baiti Adenan, 59, dan mempunyai dua anak lelaki, Musa, 22, dan Isa, Ayub, 20, meniti kehidupan yang lebih bermakna dan bahagia.
Menariknya, beliau lebih kerap memanggil anak-anak lelakinya itu dengan panggilan ‘Moses’ and ‘Jesus’.
“Pernah ada yang meminta kepastian dari saya, benarkah dengan menggunakan telefon bimbit saya sedang bercakap dengan Nabi Musa dan Nabi Isa?,” katanya sambil tertawa kecil.
Setiap tahun, melalui satu pertandingan, anggota-anggota Pasukan Bulan Sabit Merah (PBSM) di Kuching Sarawak akan merebut piala yang dianggap berprestij di sana, iaitu Lazaramah Viagulam Challenge Throphy. Tetapi apa kaitannya dengan Ayub?
“Piala ini sebenarnya dari saya bagi menggalakkan anak-anak muda supaya menderma darah bagi membantu Tabung Darah Negara dan nama piala itu merupakan sempena kasih sayang saya yang tidak ada tolok bandingnya lagi terhadap ibu saya yang tercinta (Lazaramah, 80).
“Ibu saya itu merupakan manusia kedua terpenting dalam hidup saya selepas Allah dan Rasul-Nya.
“Walaupun dia masih Kristian tetapi tidak ada apa yang boleh menghalang kasih sayang kami,” katanya yang begitu gembira kerana dapat berjumpa bagi meraikan hari lahir ibunya baru-baru ini.
Ayub benar-benar Muslim yang berbeza. Beliau mempunyai senarai kerja kebajikan yang panjang di Kuching. Antaranya Out Reach HIKMAH, Naib Yang Dipertua Majlis Kebajikan Kanak-Kanak Sarawak, Jawatankuasa PERYATIM, Sarawak dan Perkim Sarawak.
Sumber Asal: Utusan Malaysia Online 25 Mei 2006http://chooseislam.wordpress.com/2008/01/20/ayub-abdul-rahman-dulu-paderi-kini-daie/

A

Ahad, 11 November 2012

Bukti kerasulan muhammad di dalam kitab vedas dan purana


Muhammad di dalam Vedas dan Purana
Dr. Ved Prakash Upaddhayaya, pakar bahasa sanskrit di Universiti Prayag, mengatakan Muhammad disebut di dalam kitab-kitab Vedas dan Purana dengan empat nama dan gelaran iaitu
1.Narashangsa (yang terpuji),
2.Antim Rishi (Utusan Terakhir),
3.Kalki Avatar (Utusan Akhir zaman)
4.Mamaha dan Ahamiddhi (Muhammad dan Ahmad).
NARASHANGSA
Merujuk kepada ayat-ayat di dalam Vedas contohnya di dalam Amar Kosh bab Manusia ayat 1, Nar dalam bahasa Sanskrit bermaksud ’manusia’ dan Ashangsabermaksud ’yang dipuji’. Justeru, Narashangsa bermaksud ’Dia yang dipuji’dan apabila ini dikaitkan dengan peribadi seseorang, ia melambangkan seorang manusia ’yang terpuji’. Perkataan Narashangsa disebut di dalam semua kitab Vedas, malah semua Mantera di dalam kitab Rig Veda bermula dengan perkataan Narashangsa. Antara bahagian-bahagian di dalam Vedas yang mengandungi perkataan Narashangsa adalah;
Rig Veda (1:13:3, 1:18:9, 1:106:4. 1:142:3, 2:3:2, 3:29:11)
+ Sama Veda (mantra nombor 1349)
+ Yajur Veda (29:27, 1:6:4, 1:7:4)
+ Atharva Veda (Canto 20 seksyen 127)
Antara sifat-sifat Narashangsa yang disebut di dalam kitab Atharva veda adalah:
+”He will use camels as his mounts” (Atharva veda 20:127:2)
-(Dia akan menggunakan unta sebagai kenderaannya)
+He will have twelve wives”
-(Dia mempunyai 12 orang isteri)
+”God will Honour Narshangsa with ten garlands”
-(Tuhan akan memuliakanya dengan 10 kalungan di leher)
+”He will receive a gift of ten thousand coes”
-(Dia akan menerima anugerah 10,000 ekor lembu)
PENJELASAN
Memang diketahui umum, kenderaan yang digunakan oleh Nabi Muhammad adalah unta. Imam Bukhari meriwayatkan, ”Anas meriwayatkan Nabi Muhammad memiliki seekor unta bernama Adhba’ yang tidak dapat dikalahkan oleh sesiapa pun dalam perlumbaan ketika latihan.
Nabi Muhammad juga mempunyai 12 orang isteri iaitu Khadijah, Sudah, Aishah, Hafsah, Zainab, Juwairiyiah, Zainab binti Jahsy, Ummi Salamah, Ummu Habibah, Maimunah, Safiyah dan Mariah Kopti.
Mengenai 10 kalungan pada leher, Dr. Ved Prakash berpendapat, ia adalah kata-kata simbolik yang melambangkan persahabatan yang rapat. Nabi Muhammad dianugerahkan 10 orang sahabat istimewa yang dikenali sebagai ’yang sepuluh yang terjami syurga’. Mereka adalah Abu Bakar, Omar, Othman, Ali, Talha, Zubair, Saad, Said, Abdul Rahman dan Abu Ubaidah.
Mengenai 10,000 ekor lembu, Dr. Ved Prakash berpendapat, perkataan ’lembu’di dalam Vedas adalah perkataan metafora yang melambangkan golongan yang baik dan beperketi mulia. Apabila tafsiran ini digunakan bagi menerangkan maksud ayat ’menerima anugerah 10,000 ekor lembu’, ia dapat dikaitkan dengan 10,000 sahabat nabi Muhammad yang menguasai kota mekah bersama-sama dengan beliau pada tahun kelapan Hijrah.
Justeru, apabila peribadi Narashangsa dengan maksud ’yang terpuji’ dikaitkan dengan sifat-sifatnya mempunyai 12 orang isteri, menaiki unta, mempunyai 10 orang sahabat-sahabat terdekat dan 10,000 sahabat-sahabat yang mulia lagi gagah, ia menepati sifat dan riwayat hidup Nabi Muhammad SAW.
KALKI AVATAR
Kajian Dr. Ved Prakash Upaddhayaya menunjukkan, perkataan Avatar dalam bahasa Sanskrit bermaksud ”seorang yang akan datang ke dunia”.Perkataan Avatar juga digunakan dengan maksud ”nabi”. Kalki dalam bahasa sanskrit bermaksud ’yang terakhir’Kalki Avatar apabila dicantumkan berkamsud ’Utusan yang terakhir di dunia’ atau ’Nabi akhir zaman’.Antara sifat-sifat Kalki Avatar seperti yang disebutkan di dalam Puranaadalah:
+’O God, with the help of the four Brothers I will destroy the Devil’.(Kalki Purana 2:5)
-(Wahai Tuhan, dengan bantuan empat saudara, aku akan hancurkan syaitan)
+’(He will be born) on the twelth of Madhav (Kalki Purana:2:25)
-(Dia akan dilahirkan pada 12 hari bulan Madhav)
+’(He will be born) in the city of Shambhal’. (Bhagabat Purana 12:2:18)
-(Dia akan dilahirkan di Bandar Shambhal)
+’(His father’s name will be) Vishnu-Yash’. (Bhagabat Purana 12:2:18)
-(Bapanya bernama Vishnu-Yash)
+’(His mother’s name will be) Sumati’. (Kalki Purana 2:4 and 2:11)
-(Ibunya bernama Sumati)
Berpandukan ayat-ayat ini, Kalki Avatar mempunyai empat orang saudara yang akan bersama-samanya menghancurkan ’kali’ atau ’syaitan’.Nabi Muhammad dikurniakan empat orang sahabat kanan dan mereka adalah Abu Bakar, Omar, Othman dan Ali. Keempat2 sahabat2 ini menjadi khalifah selepas kewafatan Nabi Muhammad dan beliau menggelarkan mereka sebagai ’khulafa’ al-Muhdiyin’ iaitu khalifah2 yang mendapat petunjuk. Mereka meneruskan perjuangan Nabi Muhammad demi menegakkan kebenaran dan meruntuhkan kekufuran serta kesesatan pada zaman mereka.
Tarikh lahir Kalki Avatar adalah 12 Madhav dan tarikh lahir Nabi Muhammad adalah 12 Rabiul awal. Tempat lahir Kalki Avatar adalah Shambhal. Di dalam buku Vachaspattam disebutkan, Shambhal adalah kawasan yang mempunyai 60 patung-patung berhala. Dalam bahasa sanskrit, Shambhalmempunyai beberapa maksud iaitu:
+Tempat yang boleh mendatangkan keamanan dan ketenangan
+ Sesuatu yang menarik perhatian orang supaya datang
+ Tempat yang berhampiran dengan air
Shanbhal selari dengan Mekah iaitu tempat kelahiran Nabi Muhammad. Kaabah terletak di Mekah, Di dalam surah Al Baqarah ayat 125, Allah menyatakan mengenai kaabah yang bermaksud ’kami jadikan rumah itu, yakni kaabah, tempat berkumpul bagi manusia dan satu tempat yang aman’. Di situ juga terpancar air zam zam yang tidak pernah kering sejak zaman Nabi Ibrahim hingga hari ini. Pada zaman Jahiliyah, Kaabah dikelilingipatung-patung berhala sebelum Nabi Muhammad memecahkan kesemuanya pada hari Pembukaan Mekah. Pada hari ini, ketika musim haji, ratusan ribu manusia dari seluruh dunia akan berhimpun di sana bagi melaksanakan ibadah haji. Semua ini selari dengan Shambhal kerana ia adalah tempat yang mempunyai sumber air yang tidak pernah kering di samping menjadi tumpuan manusia berkunjung terutamanya jemaah haji serta kawasan yang aman.
Bapa Kalki Avatar bernama Vishnu Yash. Vishnu-Yash dalam bahasa sanskrit bermaksud ’penyembah atau hamba Tuhan’. Ini selari dengan nama Abdullah dalam Bahasa Arab yang bermaksud ’Hamba kepada Tuhan’. Bapa Nabi Muhammad bernama Abdullah.
Ibu Kalki Avatar bernama Sumati. Dalam Bahasa Sanskrit. Sumatibermaksud ’yang bertimbang rasa lagi baik’. Ini selari dengan nama Aminah dalam Bahasa Arab yang bermaksud ’yang baik hati’. Ibu Nabi Muhammad adalah Aminah!.
AHAMIDDHI
Di dalam kitab Veda disebutkan, ’Ahamiddhi has received from His Father the very essence of intelligence. I have received light from Him, i.e Ahamiddhi, who is like the sun’ yang bermaksud, “Ahamiddhi mendapat cahaya kebijaksaan daripada Tuhannya. Aku mendapat cahaya darinya, yakni Ahamiddhi dan dia umpama sinar cahaya matahari’. Ayat-ayat ini diulang-ulang di empat tempat di dalam Vedas iaitu di dalam:
+Sam Veda (Indra, 3 mantra 152)
+Sam Veda (Uttararchik, mantra 1500)
+Rig Veda (8:6:10)
+Atharva Veda (20:9:19)
Perkataan Ahamiddhi ditafsirkan dengan pelbagai tafsiran oleh pentafsir-pentafsir Veda. Walaubagaimanapun, terdapat di kalangan mereka contohnyaSri Bijan Bihari yang langsung tidak mentafsirkan perkataan Ahamiddhi ini dan mengekalkan perkataannya seperti yang asal. Dr.Ved Prakash Upaddhaya berpendapat, tafsiran yang berbeza mengenai perkataan Ahamiddhi memang tidak dapat dielakkan kerana Ahamiddhi bukan berasal daripada Bahasa Sanskrit. Ia adalah nama asing yang lebih menghampir dengan perkataan Arab itu ’Ahmad’!!
MAMAHA
Di dalam Veda juga terdapat kisah mengenai Mamaha. Antara ayat-ayat Veda yang menceritakan mengenai Mamaha adalah yang terdapat di dalamAtharva Veda 20:9:31, ”God will give Mamaha Rishi one hundred gold coins, ten garlands, three hundreds horses and ten thousand coes” yang bermaksud, “Tuhan akan memberikan kepada Mamaha Rishi 100 wang emas, 10 kalungan di leher, 300 ekor kuda dan 10,000 ekor lembu’. Salah satu maksud Rishi adalah ’seorang yang mendapat risalah daripada Tuhan’. Antara sifat2 khusus Mamaha Rishiseperti yang disebutkan di dalam Vedas adalah:
+”Mamaha akan menunggang unta”. (Atharva Veda 20:9:31)
+”Mamaha akan terkenal dengan 10,000 orang pengikut” (Rig Veda 5:27:1)
+”Lagu puji pujian baru selain Vedas akan dilafazkan” (Rig Veda 1:109:2)
Memang diketahui umum, Nabi Muhammad menggunakan unta sebagai kenderaan beliau. Pada kemuncak perjuangan beliau, Nabi Muhammad menguasai kota mekah bersama-sama 10,000 orang sahabat2nya pada tahun kelapan Hijrah. Beliau dikurniakan Quran yang menggantikan dan menyempurnakan semua kitab-kitab terdahulu. Bagi Dr. Ved Prakash, perkataanMamaha juga tidak berasal daripada Bahasa Sanskrit. Apabila nama ini dikaitkan dengan sifat-sifatnya, ia menepati kisah Nabi Muhammad.
Kesimpulan
Wujudkah seorang tokoh agama di dunia selama ini yang sifatnya menepati semua ciri-ciri ini? Dr. Ved Prakash Upadhayaya di dalam bukunyaMuhammad in the Vedas and Puranas berkata, ”Satu \hakikat yang terbukti pada hari ini adalah sifat-sifat utusan akhir zaman seperti yang disebut di dalam Vedas, Bible dan kitab agama Budha menepati sifat-sifat Muhammad. Hati saya begitu terangsang bagi menceritakan kebenaran ini walaupun saya tahu ia tidak digemari oleh sesetengah pihak.