Isnin, 29 Oktober 2012

Fever Exam

Bismillahhirahmannirahim  ya Allah peperiksaan penggal pertama stpm akan menjelang tinggal beberapa hari saja lagi takut benar muliati untuk mengitungnya menggunakan jari jemari ......
jika muliati lihat sahabat -sahabat seperjuangan muliati dahulu yang kini telah menjejakkan kaki ke menara gading dan juga metrikulasi timbul perasaan cemburu dalam diri namun muliati sentiasa jadikan mereka- mereka ini sebagai pendorong buat muliati yang masih lagi belajar di sekolah lama sebagai pelajar tingkatan6  sistem modular baharu .
cikgu-cikgu yang ikhlas mengajar muliati dan sahabat seperjuangan kini  sering kali mengingatkan kami bahawa kami semua ini seperti tikus putih yang bakal di jalankan satu ekperimen keatasnya di mana ujian itu akan mula di nilai sama ada  berhasil ataupun sebaliknya .......
semasa majlis restu ilmu yang diadakan pada 26 october 2012 alhamdulillah semuanya berjalan lancar namun apabila ketua pelajar smkp kota kinabalu memberikan ucapan bagi mewakili kami semua yang bakal duduki peperiksaan penting ini tiba- tiba menitis air mata muliati tanpa di sedari .......  terasa diri ini banyak sangat melakukan kesalahan yang tidak di sedari sehinggakan adakalanya detik sukar untuk meyebatikan ilmu dalam fikrah dan juga diri amat payah .......muliati berharap semua cikgu dapat menghalalkan ilmu yang telah mereka semua sumbangkan kepada muliati dan juga sahabat-sahabat  yang lain
ini merupakan motivasi buat diri muliati dan juga sahabat- sahabat yang lain semoga muliati dapat lakukan sesuatu yang akan dapat membanggakan ibu bapa dan cikgu-cikgu yang telah banyak berjasa .....
muliati pegang dengan kata-kata seorang guru iaitu " KITA MASIH BOLEH LAKUKAN SESUATU JANGAN SESEKALI BERASA SUDAH TERLAMABAT UNTUK BERUSAHA  SELAGI PAPER EXAM BELUM DI DEPAN MATA , SELAGI BELUM SAMPAI DI DEWAN PEPERIKSAAN , SELAGI BELUM LIHAT WAJAH- WAJAH BAKAL PENGAWAS YANG BERTUGAS MAKSUDNYA MASIH ADA PELUANG  DAN MASIH ADA SESUATU YANG BOLEH DI LAKUKAN PERCAYA PADA DIRI SENDIRI"
Ya Rabb.... hanya padaMu saja hambamu ini memohon pertolongan sesungguhnya engkau telah tetapkan qadak dan qadar ku ini........ maka  Ya Rabb permudahkanlah segala urusan hambamu ini ...... sesunggunya hambamu telah berusaha dan juga bertawakal kepadamu ameen Ya Rabb.

sangat berpegang teguh dengan sebaris ayat ini  Man Jadda Wajada  , sejak berusia 16 tahun lagi sentiasa telah diingatkan oleh seorang guru yang telah dianggap sebagai ayah sendiri yang sangat luas ilmu pengetahuannya dan sukar dibaca pemikiran kritis miliknya  bahawa sentiasalah berpegang dengan falsafah arab ini bawa ia kemana saja diri berada  yang mana tanpa usaha tidak akan kemana- mana......................

LEBIH 500 MUALAF KEMBALI KE AGAMA ASAL (SABAH)


LEBIH 500 MUALAF KEMBALI KE AGAMA ASAL

LAJIM (tengah) menerima plan tanah yang diwakafkan oleh Awadnir (kanan) untuk dibangunkan oleh PERKIM Sabah sambil diperhatikan Syed Abbas (dua dari kiri) dan Madli (dua dari kanan) di Kampung Tengkurus Abadi, Kota Belud.

 Antara saudara baru yang hadir ke majlis tersebut
KOTA BELUD: Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) daerah mengesan lebih 500 mualaf di daerah ini kembali menganut agama asal dengan sebahagian besarnya akibat tiada bimbingan agama, masalah ekonomi dan keruntuhan rumah tangga.
    Pengerusinya, Awadnir Matanggal berkata ada antara saudara baru terbabit sudah menunaikan fardu Haji dan memeluk Islam lebih 20 tahun sebelum kembali kepada agama asal.
    Katanya, pihaknya turut mengesan kegagalan pendakwah sukarela, Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA), Jabatan Hal-Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dan Jabatan Kemajuan Islam  Malaysia (JAKIM) mengesan lokasi golongan terbabit menyebabkan mereka terdedah kepada pengaruh agama asal termasuk Pagan.
   Beliau berkata, penempatan berselerak golongan terbabit iaitu dua hingga lima orang dalam satu kampung menyukarkan pihak berkuasa agama atau penderma mendirikan surau atau Kelas Al-Quran Dan Fardu Ain ( KAFA ).
   "Ada beberapa kampung yang didiami satu atau dua keluarga saudara baru yang gagal dikesan antaranya Kampung Kondis, Nahaba, Toburan, Dudar dan Sayap yang terlepas pandang daripada dakwah Islamiah sehingga mendedahkan mereka kembali kepada ajaran agama asal.
   "Sebab itulah PERKIM daerah bercadang menubuhkan zon saudara baru mengikut kampung bagi memudahkan bimbingan agama, memantau perkembangan dan bantuan kebajikan," katanya kepada Berita Harian, di sini, semalam.
   Awadnir turut mendedahkan pihaknya pernah menyediakan tapak untuk sebuah surau di sebuah kampung yang dirahsiakan, namun ditentang oleh penduduk kampung terbabit dengan alasan tidak ramai keluarga Islam di situ.
   Bagaimanapun, beliau bangga kerana saudara baru di Kampung Bangkahak Nayasan bersatu mendirikan surau yang sekali gus menjadi pusat pembelajaran agama, selain seorang penduduk Kampung Nahaba, Yuhanis Sintak, 34, menjadikan rumahnya pusat kegiatan agama.
  "Kita akan bergerak proaktif menyebarkan dakwah Islamiah di kawasan yang terdedah kepada saudara baru kembali menganut agama asal termasuk menghantar pendakwah bebas ke situ.
   "Kemiskinan adalah antara faktor utama saudara baru murtad kerana majoriti mereka golongan miskin tegar yang perlu dibantu oleh JHEAINS, JAKIM, USIA dan Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah (PBNS).
   "Kita juga meminta orang Islam yang berkahwin dengan saudara baru supaya mendidik isteri atau suami dan anak mereka dengan ajaran agama sempurna dan jangan bercerai sewenang-wenangnya kerana ia mendedahkan kepada murtad," katanya.
    Sementara itu, Presiden Pertubuhan Kebajikan Saudara Kita Sabah (SAHABAT), Abu Bakar Ongkosing, berharap PBNS membantu menaja saudara baru terutama di kampung minoriti Islam yang terdedah kepada murtad untuk melanjutkan pengajian ke universiti tempatan dan Mesir.
   Katanya, ini bagi membolehkan mereka kembali ke kampung halaman untuk berdakwah yang sekali gus mengurangkan risiko mualaf kembali ke agama asal mereka.
   "Golongan terbabit juga boleh bertindak membimbing saudara baru yang bercerai kerana mereka ini terdedah kepada gejala murtad yang dikesan berlaku di beberapa daerah seperti Kudat, Kota Marudu, Kota Belud, Tuaran dan Ranau," katanya.
  

Jumaat, 26 Oktober 2012

Idola Dr Robiah K. Hamzah


SEAWAL jam 4 pagi, dia sudah bersiap sedia bersama ibunya, Mariam Mat Arif menoreh getah. Semua itu berlaku selepas arwah bapanya, K Hamzah Pandak Samad meninggal ketika usianya mencecah lima tahun.
Dia tidak menafikan kehidupan bersama ibu dan dua saudaranya yang lain dan takdir itu diterima dengan tabah. Sebaik habis menoreh dia akan ke sekolah dengan hanya berkaki ayam dan berjalan kaki sehingga dua kilometer. Paling daif, untuk membeli kasut berharga 80 sen di kala itu pun si ibu tidak mampu sehinggalah dia menginjak ke sekolah menengah, tiada istilah malu buat dirinya walaupun hanya berkaki ayam.

 Lebih malang lagi, dia tidak pernah dibekalkan dengan wang saku tetapi disebabkan mempunyai akal panjang iaitu mengambil upah menjual kuih dan nasi dalam kelas, lebihan jualan akan diberi ganjaran kepadanya. Ketika menjejak kaki ke sekolah menengah pula, dia tiada buku teks kerana tidak mampu membelinya. Tetapi wanita ini, Dr Robiah K Hamzah, 60, bertuah kerana sahabat baiknya iaitu anak seorang guru akan meminjamkannya untuk disalin nota penting terlebih dulu. Di situlah keazamannya tersemat kukuh untuk keluar daripada kepompong kemiskinan dengan belajar bersungguh-sungguh demi menebus kepedihan masa lalu.
 Hari ini, dia antara pakar perunding motivasi kekeluargaan dan remaja yang melakar nama tersendiri dalam persada motivasi tanah air dan tidak dinafikan kepetahannya melontarkan kata-kata spontan tetapi berisi membuatkan dia antara wanita yang menjadi intipan media untuk mengupas sesuatu isu.
Kini beliau cukup popular pada kaca televisyen dengan bergelar Mudirah (pengetua) pertama bagi program ‘Ustazah Pilihan’ yang disiarkan di Astro Oasis. Manakala dua lagi Mursyidah atau tenaga pengajar adalah Prof Madya Dr Muhaya Mohamad dan Ustazah Zawiah Hassan.
 “Sebenarnya, sejak kecil hinggalah remaja, pakaian hari raya tidak pernah berganti. Tetapi nasib bernasib baik emak saudara yang bekerja sebagai jururawat mempunyai banyak pakaian yang tidak dipakai, lalu dia akan berikan kepada saya.
 Waktu malam pula, emak mengajar budak-budak mengaji al-Quran dan selalu tekankan kepada saya agar jangan sedih tengok apa tiada. Bila ke rumah orang berada di kampung kami, emak selalu pesan jangan naik rumah orang atau duduk di tangga saja.
 Emak takut kalau barang hilang, ia sekali gus terhindar daripada fitnah dan dengan cara itu akan terselamat daripada tuduhan. Bahkan, kalau tengok susunan perabot yang cantik, dibimbangi saya akan bersedih kerana di rumah kami semua itu tiada dan kami diajar mensyukuri takdir keluarga setabah mungkin. Pesanan itu berbekas serta menjadi pegangan sampai sekarang,” katanya mengimbau kenangan bersama arwah ibunya yang meninggal pada 1997.
 Demi untuk keluar daripada kedaifan hidup, dia akui ibunya selalu menekankan betapa pentingnya pelajaran. Untuk itu, dia tidak pernah sunyi daripada proses pembelajaran seumur hidup demi mencapai kedudukan seperti mana diraih sekarang.
 Sesuatu yang agak lucu untuk dikenang, pernah suatu hari seseorang menghubungi rumah kebetulan emak mengangkat telefon. Penerbit itu mengatakan yang dia hendak bercakap dengan ‘Dr Robiah’, tetapi penat emak menerang yang saya ini bukan doktor tetapi ‘cikgu’.
 Emak juga pernah mengatakan kerja saya tidak habis-habis dengan buku. Pada dia, istilah doktor itu hanya kepada doktor perubatan. Apabila saya menerangkan, barulah emak maklum kenapa selama ini saya tidak habis-habis belajar sehingga berjaya meraih gelaran berkenaan
 “Sebagai orang kampung, emak tidak pernah mendapat pendidikan secara formal tentunya kurang berpengetahuan tetapi saya bangga sebab dia sentiasa menggalakkan kami belajar setinggi mungkin,” katanya
 Kini, perjalanan kerjaya wanita berhati waja yang kaya dengan pelbagai pengalaman hidup itu semakin ke puncak sekali gus mampu memiliki segala-galanya hasil kerja keras selama ini
 Bermula sebagai guru sebaik menamatkan pengajian di Maktab Perguruan Ilmu Khas (MPIK), Cheras, anak kedua daripada tiga beradik ini meneruskan kerjaya di beberapa sekolah di Selangor sebelum bergelar pensyarah di beberapa maktab perguruan.
 Paling menarik, dia pernah terpilih menjadi pensyarah program berkembar ‘Institut Bahasa (Maktab Perguruan Bahasa) dan Universiti’ pada 1995 hingga 1998 serta turut mencakupi beberapa bidang yang lain.
 Dia juga terpilih sebagai Ahli Panel Penggubalan Sukatan Mata Pelajaran Bahasa Melayu untuk Sekolah Bestari selepas itu.
 Pada 2003 hingga 2004, beliau turut terbabit sebagai penilai buku teks selain menghadiri kursus Pemimpin Rakan Sebaya (Perasa), Kementerian Pendidikan (kini Kementerian Pelajaran)Baginya, pengalaman menghadiri kursus kepemimpinan peringkat daerah, negeri dan kebangsaan amat bermakna selain turut meraih pengalaman di peringkat antarabangsa (2002). Lagipun, ketika di sekolah dan maktab dulu, dia amat aktif dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) bagi negeri Selangor serta Exco Majlis Belia Malaysia (MBM) di samping menyumbang khidmat lain untuk masyarakat
 Peluang mewakili kepemimpinan belia kebangsaan ke Jepun, India, Thailand dan Singapura menjadi pemangkin semangat serta membuka minda saya agar lebih luas.Syukurlah ilmu yang diperoleh ditumpahkan semula kepada khalayak untuk terus dikongsi bersama,” katanya
 Sebagai penceramah atau fasilitator dalam bidang kemahiran berkomunikasi berkesan, keterampilan diri berkualiti, pembangunan remaja, motivasi keibubapaan dan kemahiran belajar, dia turut menghasilkan beberapa buku motivasi.
 Saya tafsirkan kejayaan ini berkat tiupan semangat yang dibekalkan emak. Untuk itu, saya bersyukur kerana pernah membuat emak bahagia dengan kejayaan ini dengan menghadiahkannya sebuah rumah ‘merah’
 Rumah merah adalah frasa seperti rumah agam yang indah dan pada istilah orang Parit, Perak ia sesuatu yang amat dibanggakan. Lucunya, apabila tukang cat hanya menggunakan sebahagian warna kuning dan selebihnya semua dicat merah,” katanya
 PROFIL
NAMA: Dr Robiah K Hamzah
JAWATAN: Pengarah Urusan RKH Motivation & Services, fasilitator komunikasi berkesan, perunding motivasi
TARIKH LAHIR : 20 Oktober 1951
ASAL : :Parit, Perak
STATUS : Berkahwin
ANAK : Norbiza (38), Norbismi (36), Mohd Nurhilmi (32), Norhaina (21)
PENDIDIKAN : Doktor Falsafah Pengkhususan Pendidikan NIlai Dan Pengajaran Bahasa Melayu (UKM)
Sumber: Mymetro

Ahad, 7 Oktober 2012

aku tidak mahu berjaya sendiri ya Allah

ya Allah rasanya aku tidak mampu untuk menahan sebak di dada ...... berulang kali  aku cuba memujuk diri agar tidak menitiskan mutiara jernih dari mata  tapi kesedihan yang muliati rasa tidak tertanggung  ...... berkali- kali  juga diri agar di pinjamkan sedikit kekuatan Siti hajar r.a namun tewas juga dengan  titisan air mata ......... muliati tidak tahu ingin luahkan kesedihan ini kepada siapa  selain al-khaliq .

apa yang ingin muliati katakan pada ketika menulis blog ini ialah  muliati tidak mahu berjaya sendiri ..............
pada mulanya muliati fikir  abang muliati tiada perasaan kerana sanggup runtuhkan harapan mama dan bapa yang semakin tua .... namun rupanya anggapan muliati ini sangat jauh menyimpang dan salah sama sekali ........ rupanya  abang lagi sangat berasa kecewa dengan dirinya sendiri kerana berasa dirinya sangat tidak berguna . 20 tahun mama dan bapa membesarkan abang dengan penuh kasih sayang walaupun terpaksa berpanas lelah hanya semata-mata untuk membesarkan abang .

semagat yang di bawa oleh abang dari negeri sabah hancur punah kerana terpaksa melupakan cita- cita yang baru saja dia bina .... kadang2 bagaikan mimpi saja dan berharap perkara ini hanya khyalan semata-mata ..... namun inilah hakikat yang terpaksa kami sekeluarga terima iaitu abang terpaksa akur dengan ketentuan Allah bahawa dia tidak dapat meneruskan  pelajarannya dan cita-cita yang diinginkannya selama ini.

walaupun muliati nampak wajah abang begitu tenang ketika berdiri di hadapan pintu rumah kami yang semakain usang ketika baru tiba dari KKIA pagi tadi ..... namun muliati tahu jauh di sudut hatinya tersimpan seribu satu kesedihan sama dengan apa yang muliati rasakan pada detik ini.

air mata semakin deras mengalir keluar melalui corong2 pipi ........ apabila muliati terlihat komen2 di status milik abang . abang katakan dalam satu gambar yang di muat turun di muka buku bahawa .gambar yang kelihatan senyum lebar itu tersimpan seribu kesedihan ........ memang betul muliati juga rasa benda yang sama apabila melihat gambar kenangan milik abang bersama rakan-rakan classmatenya dia CIAST . walaupun perkenalan abang dan rakan-rakannya hanya singkat namun mereka tetap doakan kejayaan abang , dan sentiasa suruh abang sabar terima dugaan kecil dari Allah....... MUNGKIN BUKAN REZEKI ABANG UNTUK LANJUTKAN PELAJARAN DI CIAST .............. 
YA ALLAH KALU BERILAH PENGADILAN BUAT ABANGKU MOHD ABDULLAH BIN ABDUL LATIF .......mungkin beliau sebelum ini pernah berbuat silap kerana tidak tumpuhkan sepenuhya tentang pelajar namun itu perkara lama dia sudah mula berubah YA ALLAH  kau berilah dia peluang di mana peluang yang bakal kau titipkan itu sesuai dengan kemampuan dirinya YA ALLAH  sesungguhnya engkau maha mengetahui sedangkan kami cuma hamba yang hina lagi tidak mengetahui ....................................