Jumaat, 31 Ogos 2012

aku da(^_^)

assalammualaikum wbt ... rasanya sekejap betul masa berlalu pergi >_< kalau dulu muliati ingat lagi muliati selalu sangat bergaduh dengan abang kesayangan muliati nie ala ... yang gambar dia ada dekat atas nie ....... tapi sekarang apa yang muliati perasan kami adik beradik tidak lagi berkelakuan seperti kucing dengan tikus seperti dulu mungkin usia mematangkan diri kan kan?
ingat lagi dua minggu lepas masa mahu sambut raya kami dua orang beradik nie bertungkus lumus membersihkan bilik masing2 kira ada berbaur cabar mencabar di situ selepas 2 jam masa berlalu mulalah sesi penilaian di lakukan .......
tapi akhirnya muliati give up sebab mulaiti tidak sekreatif abang owhhhhh tidak akhirnya mengalah dengan ada sikit rasa malu apa tidak perempuan kalah dengan lelaki dalam bab2 kemas mengemas apa cerita kan??
itulah merupakan kenangan paling indah muliati dengan mohd abdullah bin abdul latif iaitu abang tersayang hehehehe lagipun mungkin umur kami yang tidak jauh beza just beza dua tahun saja yang membuatkan kami rapat dan suka melakukan aktiviti gila2 bersama .....

Khamis, 23 Ogos 2012

JALAN MARIIIII.......

ya Allah bertuahnya muliati hari nie sebab dapat luangkan masa yang panjang dengan sahabat karib muliati walaupun penat berjalan tapi berbaloi lah juga ..... masa berjalan bersama rasa dunia nie macam kami yang punya hehehe itulah kami banyak benda yang mahu d kongsi bersama memandangkan jarang berjumpakan jadi itu jak muliati mahu kongsi untuk hari nie SELAMAT HARI RAYA SEMUA (^_^)

Selasa, 21 Ogos 2012

raya ramai2 ^_^

assalammualaikum dan salam sejahtera semua ok hari nie muliati x mahu cerita panjang2 just mahu berkongsi sedikit kegembiraan yang muliati rasa hari nie k ^_^ . hari nie genap raya ke3 kan??? jadi tadi kawan2 KRU muliati datang rumah wahhhhh meriah sangat2 walaupun saiz ruang tamu sempit sikit tapi alhamdulillah muat juga ... masa kawan2 berayakan macam gelagat2 ada . dan gelagat yang ada mengwujudkan suasana yang sangat ceria sampaikan jiran sebelah rumah pun jeling2 ke arah rumah muliati ala jeleslah tue kan
hehehe . muliati berharap dorang sudi lagi datang beraya ke rumah muliati yang tidak seberapa tue ^_^

Khamis, 9 Ogos 2012

20 Ramadhan emak buat Iftar (^_^)

Assalammualaikum kali nie muliati tidak mahu story panjang2 macam yang dulu2 tue (^_^) . Esok 10 /8/2012 bersamaan dengan genap 20 ramdhan kan??? jadi emak rancang mahu buat iftar ramdhan yeah.... yeah bestnya mesti ramai orang tue kan?? Insyaallah tapi kebetulan pula waktu sama dengan program di sekolah muliati iaitu Iftar juga dan solat hajat untuk pelajar2 yang ambil exam penting jadi muliati tidak pergi sekolah esok sebab mahu bantu emak masak (>_<) tapi tidak apa lah sebab muliati mahu berkumpul dengan keluarga .....(^_^)

Khamis, 2 Ogos 2012

selamat tinggal sarawak T_T

sedihnya tidak dapat melanjutkan pelajaran ke sarawak padahal dari dulu lagi muliati ingin sangat menjejakkan kaki ke bumi kenyalang itu tapi mungkin bukan nasib muliati untuk sambung keperingkat diploma lagi sebab keputusan mutamat telah dibuat iaitu sambung form6 di sekolah lama smk perempuan likas kota kinabalu ... kalau muliati masuk form6 sekurang-kurangnya ringan sikit beban mama dan bapa lagipun bulan 9 nanti lepas raya abang akan langutkan pelajaran ke Ciast shah alam Selangor jadi muliati fikir balik tentang tawaran diploma di politeknik kuching sarawak tue ,,,, cuba fikirkan sekiranya dua2 kami pergi lanjutkan study beban keluarga mesti bertambah kan??? lagipun pendapatan kapita keluarga muliati x lah banyak mana,,,, mungkin rezeki muliati bukan di bahagian diploma walaupun berat juga pada mulanya ingin lepaskan peluang nie sebab panggilan nie merupakan panggilan rayuan yang muliati buat 2 bulan lepas ,, lagipun bidang yang ditawarkan sangat-sangatlah menjadi idaman mulaiti iaitu dalam bidang kejuruteraan perikhidmatan pembangunan .... bestkan bunyinya???? tapi tidak apa mulaiti janji akan study smart untuk mencapai cita-cita mulaiti satu hari nanti sebab orang bilang bersusah2 dahulu bersenang2 kemudian sebab itulah merupakan lumrah kehidupan yang harus kita hadam selagi kita masih hidup di atas bumi ciptaan ilahi ini.............