Isnin, 29 Oktober 2012

Fever Exam

Bismillahhirahmannirahim  ya Allah peperiksaan penggal pertama stpm akan menjelang tinggal beberapa hari saja lagi takut benar muliati untuk mengitungnya menggunakan jari jemari ......
jika muliati lihat sahabat -sahabat seperjuangan muliati dahulu yang kini telah menjejakkan kaki ke menara gading dan juga metrikulasi timbul perasaan cemburu dalam diri namun muliati sentiasa jadikan mereka- mereka ini sebagai pendorong buat muliati yang masih lagi belajar di sekolah lama sebagai pelajar tingkatan6  sistem modular baharu .
cikgu-cikgu yang ikhlas mengajar muliati dan sahabat seperjuangan kini  sering kali mengingatkan kami bahawa kami semua ini seperti tikus putih yang bakal di jalankan satu ekperimen keatasnya di mana ujian itu akan mula di nilai sama ada  berhasil ataupun sebaliknya .......
semasa majlis restu ilmu yang diadakan pada 26 october 2012 alhamdulillah semuanya berjalan lancar namun apabila ketua pelajar smkp kota kinabalu memberikan ucapan bagi mewakili kami semua yang bakal duduki peperiksaan penting ini tiba- tiba menitis air mata muliati tanpa di sedari .......  terasa diri ini banyak sangat melakukan kesalahan yang tidak di sedari sehinggakan adakalanya detik sukar untuk meyebatikan ilmu dalam fikrah dan juga diri amat payah .......muliati berharap semua cikgu dapat menghalalkan ilmu yang telah mereka semua sumbangkan kepada muliati dan juga sahabat-sahabat  yang lain
ini merupakan motivasi buat diri muliati dan juga sahabat- sahabat yang lain semoga muliati dapat lakukan sesuatu yang akan dapat membanggakan ibu bapa dan cikgu-cikgu yang telah banyak berjasa .....
muliati pegang dengan kata-kata seorang guru iaitu " KITA MASIH BOLEH LAKUKAN SESUATU JANGAN SESEKALI BERASA SUDAH TERLAMABAT UNTUK BERUSAHA  SELAGI PAPER EXAM BELUM DI DEPAN MATA , SELAGI BELUM SAMPAI DI DEWAN PEPERIKSAAN , SELAGI BELUM LIHAT WAJAH- WAJAH BAKAL PENGAWAS YANG BERTUGAS MAKSUDNYA MASIH ADA PELUANG  DAN MASIH ADA SESUATU YANG BOLEH DI LAKUKAN PERCAYA PADA DIRI SENDIRI"
Ya Rabb.... hanya padaMu saja hambamu ini memohon pertolongan sesungguhnya engkau telah tetapkan qadak dan qadar ku ini........ maka  Ya Rabb permudahkanlah segala urusan hambamu ini ...... sesunggunya hambamu telah berusaha dan juga bertawakal kepadamu ameen Ya Rabb.

sangat berpegang teguh dengan sebaris ayat ini  Man Jadda Wajada  , sejak berusia 16 tahun lagi sentiasa telah diingatkan oleh seorang guru yang telah dianggap sebagai ayah sendiri yang sangat luas ilmu pengetahuannya dan sukar dibaca pemikiran kritis miliknya  bahawa sentiasalah berpegang dengan falsafah arab ini bawa ia kemana saja diri berada  yang mana tanpa usaha tidak akan kemana- mana......................

Tiada ulasan:

Catat Ulasan