Khamis, 10 Mei 2012

Indahnya hidup bersama pasangan Halalku.......

mungkin belum selayaknya aku memikirkan tetang pasangan hidup kerana perjalanan hidup yang harus aku tempuhi masih jauh berada di hadapan , namun fitrah kehidupan wanita yang sentiasa merintih yang mana sentiasa ingin dicintai dan mencintai seseorang yang dapat menjadi pasangan hidupnya , yang dapat menjadi imam bagi solatnya nanti, yang dapat menjadi ayah kepada anak-anaknya nanti, semua ini sudah pasti diinginkan oleh setiap yang bergelar wanita ...... namun adakalanya niat tidak menghalalkan cara ,, mempunyai niat yang suci untuk mendirikan masjid namun tidak pula mahu untuk bercinta selepas kahwin ,,,,, katanya ingin mengenal lebih dekat lagi dengan bakal pasangan hidupnya ,yang hanya akan di nikahi sekali seumur hidup.namun oleh kerana kalah dengan pujukan nafsu sehingga sanggup mengetepikan syariat............
*********************************************************************
bertapa indahnya bercinta selepas kahwin tanpa kita sedari..... kerana kehidupan kita akan lebih diberkati oleh sang pencipta , nikmat kehidupan itu semakin terasa kerana setelah lama menunggu untuk hidup bersama pasangan yang halal mula tercapai , setelah lama mendidik nafsu di dalam diri mula terungkai ..... tiada lagi perasaan segan di dalam diri, tiada lagi perasaan takut melakukan dosa bersama pasangan kerana ia sudah menjadi yang halal buatnya......


kelakuan yang dulunya di jaga rapi kerana takut untuk melakukan dosa di hadapan sang pencipta kini mula telerai bersama pasangan yang halal , kalau dulunya jangan pegang-pegang menjadi prinsip hidupnya kita mula berubah bersama pasangan yang halal..........




kalau dulunya sentiasa menjaga pandangan antara satu sama lain ,kini mula berubah bersama pasangan yang halal ,,,,, pandangan mula dijadikan sebagai teknik memikat si pasangan yang halal,,,,,,






kalau dulu duduk rengang-rengang menjadi amalan hidupnya kini mula berubah bersama pasangan yang halal ,,,,, duduk dekat-dekat dijadikan sebagai pengikat kasih sayang ...... tidak perlu berasa risau lagi dengan pandangan orang sekeliling kerana kita sudah sah kahwin (^_^)







kalau dulu tangan sentiasa dijaga dan dididik agar tidak melakukan perkara yang salah...... kini tidak lagi bersama pasangan yang halal, memegang erat tangan pasangan sangat-sangat nikmat kerana sebelum ini tidak pernah lagi membiarkan orang bukan muhrim menyentuh tangan melainkan tangan itu di jaga dan di simpan rapi untuk pasangan yang halal (^_^) ..................... wah bestnya kahwin , bestnya bercinta selepas kahwin......(^_^)










Tiada ulasan:

Catat Ulasan