assalammualaikum buat sahabat -sahabat blog sekalian
pada detik dan ketika ini ingin sekali penulis kongsikan serba sedikit berkenaan dengan keadaan diri yang adakalanya ujian datang bertandang kedalam diri tanpa diundang ''''''''' mungkin pada ketika kita berasa gembira dan senang apabila bersama-sama dengan bestfriend kita dimana kita berjanji bersama bahawa kita akan sentiasa bersama-sama menegakkan syariat islam di tempat kita dan juga akan terus memastikan agar sinar cahaya islam itu akan terus bersinar dengan terangnya disekolah kita dan kita juga berjanji bahawa tidak akan sesekali biarkan cahaya islam itu terus malap saja yang mana akan membawa ramai rakan-rakan kita yang lain hanyut didalamnya '''''''''''
tapi tanpa di duga ujian datang menyapa diri kita semua di mana , kita telah diuji dalam hubungan persahabatan dan pada ketika itu kita mula tercari-cari di mana silap kita mungkin ego diri mula bermaharajalela di dalam diri sendiri''''''''''''
tapi jika kita muhasabahkan diri kita semua kembali mungkin kita akan dapat jawapan yang selama ini kita cari ''''''''
apa yang sepatutnya kita renungi adalah di mana kar letaknya ukhuwwah kita semua yang mana dulunya terjalin begitu rapi sekali yang menyatukan hati-hati kita semua berhimpun dalam naungan cinta ilahi '''''''''
mungkin ALLAH sedang menguji kita dalam persahabatan kerana DIA ingin menilai sejauh mana jalinan ukhuwwah kita semua dan sejauh mana nilai keikhlasan dalam persahabatan kita semua namun pada hakikatnya kita kalah dengan ujian tersebut diri kita kalah''''''' di mana kita gagal dalam mengatasi ujian tersebut dengan baik ............
tapi walau seberat mana ujian yang di berikan oleh ALLAH kepada kita semua ketahuilah bahawa ALLAH sayangkan kita semua DIA ingin kita sentiasa mengingatiNYA serta akan merasa kesedihan dan kekecewaan di dalam hidup agar kehidupan kita seimbang dengan di mana kita tidak hanya akan berasa senang tanpa merasa kedukaan sedikitpun dibumi ALLAH ini.............
Tiada ulasan:
Catat Ulasan