Rabu, 1 Julai 2015

Kenapa cik adik garang sangat???



 Assalammualaikum wbt.. Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam yang maha pemurah lagi maha penyayang. Allahurobbuna Ar-rasul qudwatuna Al Quran  dusturuna Al Jihad  sabiluna.. pada
hari kedua menulis entri kini.. apa yang dipost oleh naqibah a.k.a Sahabat di facebook sangat menarik perhatian.. hanya sekeping gambar mampu untuk dirungkaikan dalam berjela-jela ayat dalam pelbagai versi dan pandangan." Kenapa wanita sekarang garang dan hilang kelembutan". ????

Terdapat banyak tanda soal yang diberikan. Teringat kata sahabatku bilamana aku seringkali meninggikan suaraku dihadapan mereka.
Sahabat: Sri kau marah kah ni?? kenapa juga mahu marah2?
Aku: Bukan marah bah ni kak tapi memang begini (muka tetap tegang). salah satu contoh terdekat harap sahabaat jangan tiru aksi ini...
Ada beberapa sahabat wanita yang kukenali bersifat ala-ala gengster terutama dihadapan muslimin (lelaki) tiada senyuman manis yang diberikan dan tiada sifat-sifat manja menggedikkan yang ditunjukkan sehinggakan setiap yang melihatnya pasti akan menjadi kecut liur serta diam seribu bahasa. Apabila mahu berkata-kata dengannya perlu  berfikir dua tiga kali untuk lakukannya. Namun itu sekiranya jika kamu dan kamu baru mengenali dirinya sekiranya kamu sudah rapat dan selesa bersamanya baru dirimu akan melihat bertapa panjangnya HAHAHAHAHA bila dia ketawa.. heheh
 ibarat kata lirik lagu Fynn Jamal~~
 engkau mungkin garang dari sang naga tapi kau punya manja aku saja boleh rasa...

Adakalanya sifat garang wanita ini terbentuk dan juga dibentuk. Adakalanya sifat  garang ini terbentuk sejak azali lagi oleh kerana faktor persekitaran ketika bagaimana anak-anak mula membina skemata (teori piaget) skemata  ini merupakan penggunaan akan fikir manusia bagaimana ia melihat persekitaran dan persekitran yang dia lihat dan lalui mempengaruhi tingkahlaku.

 Namun ada juga sifat garang ini yang dibentuk. perkara ini biasa terjadi kepada seseorang yang sering kali menanggung beban sama ada bebanan dalam bentuk fizikal ataupun bebanan emosi. Pada awalnya mungkin seseorang ini sikapnya sangat sinonim dengan kelembutan (ibarat wanita melayu terakhir) namun sampai di satu tahap  bilamana dia terpaksa pikul tanggungjawab seorang lelaki lebih dari zahir dan batin serta kuderat wanitanya akhirnya dia mula sadokan dirinya.Yang mana akhirnya dia terpaksa minimumkan sifat keibuannya di sebabkan bebanan tugas yang berat di pundaknya akhirnya dia akur perlunya dia mentransformasi sifat azalinya (lemah lembut) sehingga sampai satu masa akan dinaturalkan kembali. Bila sudah ada orang yang dapat membantu dalam meringankan beben di pundaknya

JADILAH DIRI SENDIRI SEKIRANYA DIRIKU DAN DIRIMU SEORANG YANG GARANG DAN SENTIASA TEGANG TERIMALAH SIFAT INI SEADANYA JAUH DI SUDUT HATI WANITA GARANG TANPA KAMU SEDARI ADA KELEMBUTAN TERSIMPAN DALAM DIRINYA ITULAH WANITA AZALINYA DAN HUKUM ALAMNYA PUNYA RAHIM (sifat sayang dan kasih mengalir dalam dirinya)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan