Rabu, 1 Julai 2015

Da'wah without Border masam-masam manis :)

Assalammualaikum wbt  segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam yang maha pemurah lagi maha penyanyang serta Dia juga yang menguasai hari pembalasan. Hanya kepadaNya kita menyembah dan memohon pertolongan dari segala kesulitan. Syukur kehadratnya  setelah sekian lama tinggalkan penulisan artikel di blog kini hati dan akal minda digerakkan kembali untuk mengisi masa-masa lapang yang berbaki dengan memulakan penulisan kembali. 

Allah swt telah berfirman dalam QalamNya berkenaan dengan masa yang mana sebagai manusia masa yang ada seharusnya kita tidak persia-siakan ibarat gugurnya dedaun dari rimbunan pepohon. Berkenaan dengan masa ianya diibaratkan sebagai emas kerana masa yang kita lalui sehari-hari ianya akan berlalu pergi dan sudah pasti kita tidak akan jumpa dengan masa tersebut lagi dan kita akan melangkah ke fasa masa yang seterusnya dan seterusnya. Masa yang ada dan berbaki jangan sesekali kita persiakan kerana kita akan tergolong dalam golongan orang-orang yang rugi.


Ini janji Allah swt kepada kita hambanya berkenaan dengan masa. Sekiranya masa yang ada kita persiakan tergolonganlah kita dalam kalangan orang rugi kecuali kita melakukan amal soleh dan kita sentiasa berpesan tentang kebenaran  dengan penuh kesabaran InsyaAllah.
Seandainya tintaku bisa berbicara pasti ianya sudah melambai dan terdengar keluhan syahdu kerinduan untuk diisi dengan bait-bait kata dakwah. Pada 27 jun 2015 yang lepas rombongan  persatuan siswazah sabah pusat telah mengadakan Jelajah Ramadhan  2015 pada awalnya tiada rancangan untuk menyertai rombongan jelajah ini disebabkan adanya komitmen lain yang perlu diselesaikan ditambah lagi jelajah yang dibuat bermalam.

  Namun perancangan Allah itu indah percaturan telah disusun dengan terliti komitmen yang dirancang tidak menjadi dan peluang yang kosong diisi dengan menyertai Jelajah Ramadhan ini bersama-sama sahabat-sahabat handai yang sangat kukenali tidak pernah kenal apa ertinya penat dalam bergerak kerja. Jelajah ini bukan untuk suka-suka melainkan bagi memenuhi tuntutan dakwah di utara Sabah daerah Kudat dan kawasan pendalaman Kudat. Tentatif program 2 hari 1 malam disusun dengan begitu indah dan teratur sudah pasti siapa saja yang mengikuti program yang singkat ini insyaALLAH perkatan Alhamdulillah dan SubhanAllah yang sudah pasti yang akan terluah dari bibirnya.

        Destinasi pertama  setibanya di pekan Kudat adalah masjid yang gah indah berdiri iaitu Masjid Assyakirin Kudat  sewaktu pertama kali melihat Masjid ini perkataan keluar dibibir dan didengari oleh adik usrah yang dibawa bersama mengikuti jelajah ramdahan  “eikk sama pula masjid di kampung kita Masjid Jamek Likas” tiba-tiba timbul rasa kerinduan dengan rumah (homesick seketika). Namun apa yang dapat dikatakan Masjid ini sangat indah dan sejuk  cumanya peristiwa kelabu yang membuat diri ini trauma seketika diruangan  wuduk  wanita (pakcik kita salah masuk ruang wuduk wanita)  adakalanya mematikan keindahan yang terbenam difikiran.

                Seterusnya destinasi kedua adalah tempat tujuan utama yang membawa kami sampai Ke kudat iaitu kampung Pantai Bahagia dan Kampung Pangaraban yang merupakan kampung terkorban dalam kebakaran yang berlaku 4 hari sebelum Ramadahan tiba.. Allahu Robbuna disamping kita mempersiapkan diri dan menyediakan keperluan Ramadhan rupanya ada saudara-saudara kita di utara Sabah yang berkelombang dengan api kepanasan rumah yang didiami bertahun-tahun hancur lebur dijilat api kepanasan dunia hanya tinggal sehelai sepinggang. Hanya tapak peninggalan rumah yang masih bersisa dengan kayu-kayu rumah yang terbakar dijadikan tapak permainan kanak-kanak yang masih ada yang tidak faham apa sebenarnya yang berlaku, dijadikan tapak basuhan kain, dan kawasan isterehat sayu hati melihat.


Belon….belon…. belon… warna pink . Jeritan anak kecil yang keriangan kami bekalkan belon yang kami bawa daripada kk, bantuan yang kami bawa tidaklah semahal mana hanya barangan keperluan asas bagi menggalas perut serta makanan ringan untuk anak-anak kecil Kampung Pengaraban dan Kampung Pantai Bahagia. Melihat senyuman yang terukir cukup menggembirakan hati-hati yang melihat hilang segala rasa sayu pilu di dalam hati.


Wahai anak-anak dan adik-adiku semoga kalian tabah hadapi dugaan kecil dari Allah Swt.  Berdoalah agar hajatmu dikabulkan di bulan yang penuh barakah ini.  Jadi anak soleh dan solehah, belajar bersungguh-sungguh semoga kehidupan duniamu yang hilang seketika ini ada nilaian disisiNYA… ada Perancangan terbaik dariNYA yang mahu jadikan hidupmu lebih baik dari sebelumnya Ameen ya Rabb.

Da’ah na tangisin Suratan takdir … pa’ab ka tonggan magtimug na kam kamemon 
(bajau Ubian)

Yakinlah dengan janji Allah swt bahawa DIA tidak akan uji hambanya melainkan sesuai dengan kesanggupan.
Dan Allah swt juga telah berfirman

“Dan kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan,kelaparan,kekurangan harta,jiwa,dan buah-buahan. Dan sampaikanlah kabar gembira kepada orang-orang yang sabar, (Al Baqarah ayat:155). 

Kamu saudaraku diuji kerana Allah yakin kamu mampu!!! Qawy lillahitaala..
Berakhirnya program pertama kami setibanya di Kudat  dan ambil gambar sebagai kenangan  di sekitar dewan penempatan sementara kampung  Pantai Bahagia. Semoga jika ada umur yang panjang tahun hadapan  jelajah ramdhan ke kampung ini lagi dan perubahan kampung akan lebih baik dari kini  Kampung Bahagia seindah-indah nama InsyaALLAH.



# Barisan bawah:  dari kanan: Siddiq, Addy
#Barisanatas:darikanan: Sri,Yumi,K.Masrah,Shu,Unie,K.azlinah,K.Rus,K.Yuyu,K.laila,Imah,K.Ieka,K.Has


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kalian agar kamu bertakwa” (QS. Al Baqarah: 183.
Setelah penat mengedarkan sumbangan kini hak badan dan perut perlu ditunaikan juga setelah  membeli juadah berbuka puasa  di bazar Kudat yang menjual pelbagai  jenis juadah kami ke Esplanet Kudat  untuk berbuka puasa. Esplanet ini bukanlah restoran tertutup bertaraf bintang-bintang melainkan ianya cuma kawasan rehat tepi laut yang ada di tengah-tengah Pekan Kudat. Namun  suasananya cukup nyaman dan tempatnya juga cukup cantik dihiasi lampu-lampu nion. Dan desiran bunyi ombak dilautan Pekan Kudat cukup menyenangkan hati walaupun hanya beralaskan banner Jelajah Ramadhan yang kami bawa bersama hehehe…. (kepala orang dalam banner kami tidak duduk ya)

Iftar kami ini bergabung dengan sahabat-sahabat muslimin dari sixma prudential BSN takaful (ada seorang dekat belakang  baju merah tumpang  dalam gambar). Seterusnya kami kembali ke masjid Assyakirin untuk  menunaikan solat terawih dan teruskan dengan mendengar wacana PSS dalam qiammulailal yang adik-adik kru kudat buat.

wacana Pss
ustazh:azlinah
ustz Yus
SubhanAllah sesuatu perkara yang mahu kongsi juga seorang hamba Allah wajahnya sangat familiar di kawasan Sepanggar (pemuda sepanggar) dialah Pss kudat dia juga lah pengarah program Qiam.
 Yang pada ketika itu Pss Kudat hanya dua orang mereka lah mt mereka juga guide riadah dan ajk urus setia serta si tukang masak iftar dan sahur dengan dibantu oleh adik-adik. Semoga penat lelah mereka dapat  ganjaran disisi Allah swt Qawy sahabat lillahitaala.

:

            #tb pic bersama adikku shuwatie maidin
Berpagi-pagian kami beriadah bersama adik-adik peserta qiam kudat sebelum bertolak ke destinasi terakhir… let’s guys follow and join our journey to find mardatillah.. da’wah without border..


Tibanya kami di kampung Andap Bangau perkampungan muallaf yang perjalanannya mengambil masa selama  45 minit dari Bandar Kudat. “Andap” berasal dari berkataan “Naandap”  yang diadaptasikan daripada bahasa rungus  yang bermaksud mudah terbakar. Memang tidak dinafikan kawasan kampung Muallaf ini sangat panas dan sepanjang perjalanan kami untuk sampai ke Kampung ini kelihatan banyak  kesan hutan-hutan yang telah terbakar.

Dan bagi saya pula yang merupakan  pelajar memang mengkaji bidang permukaan bentuk muka bumi dan flora dan fauna ini keadaan sedemikian sememangnya sangat memilukan hati. Tiada lagi kehijauan yang memancar di hari-hari pagi oleh kerana telah dimusnahkan oleh api kepanasan dan keadaan tanah juga yang kering kontang. Dan kelihatan banyak rumah-rumah kayu dari bambu yang dibina yang mana ia merupakan penempatan bagi kaum majoriti Rungus di kawasan berkenaan.

 Sepanjang perjalanan kelihatan gereja-gereja kecil dua dibina di kawasan kampung Andap ini, masuk ke dalam kampung baru kelihatan surau kayu usang yang menjadi pusat pengajian ilmu fiqh agama bagi kaum minoriti Islam di kampung Andap ini.  Pada asalnya penduduk kampung ini adalah merupakan golongan Muallaf yang telah di Islamkan secara beramai-ramai namun kerana kurangnya pendedahan Agama selepas fasa awal pemelukan Islam akhirnya mereka kembali ke agama asal iaitu agama kristian. Dan peristiwa ini sungguh memberikan banyak pengajaran dan sudah pasti sangat mengecewakan oleh kerana telah nampak kegagalan kita  sebagai umat Islam dalam dakwah bagi membentuk biah solehah di kampung Andap pada satu ketika dahulu.

Satu perkara juga yang masih sering teringat dan  sering kedengaran di telinga  dengan apa yang diceritakan oleh encik Mohd (bukan nama sebenar) iaitu orang kuat yang menegakkan Islam di kampung Andap ini.
“Jika mahu mengaji ilmu agama (al quran)” perlu berdepan dulu dengan parang” 

 Allahu Robbuna..  sungguh berat ujian mereka di sini. Jika hendak dibandingkan dengan keadaan kita, yang mana hanya perlu memilih mahu atau tidak sahaja dalam menuntut ilmu Allah swt. Itu pun adakalanya masih saja ada yang menolak dengan pelbagai alasan yang diberikan. Banyak benda yang mereka perlu perjuangkan di kampung Andap ini  disamping apa yang  menguatkan mereka hanya semangat dan rasa amanah dan tanggungjawab sebagai seorang muslim dan aqidah saja yang membuatkan syiar Islam berkembang di kampung Andap Bangau ini.

“kami perlu perjuangkan kedudukan surau ini yang mereka kaum kristian mahu letakkan di hujung sana (area payah berdekatan kawasan penternakan khinzir)”. “ Pagar Surau juga perlu kami bertegas sebab mereka mahu letakkan di bahagian belakang sudah pasti tidak tepat pintu surau kita buat didepan dan pagar di bahgian belakang”. 

 Surau kampung ini juga mereka  (kaum kristian) yang buat semata-mata untuk mendapatkan ganjaran. Sesunggunhya perjalanan kami ke kampung saudara kita ini sangat-sangat memberikan kesan bukan hanya pada ingatan tapi juga sangat berbekas dihati yang mana disamping kita berasa selesa pada kedudukan kita yang berada didunia selesa rupanya ada saudara kita yang berjuang dengan kesakitan dan kesengsaraan derita perit kehidupan dengan menjadi golongan yang tertindas dalam kelompok majoriti…
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. (Al Baqarah ayat-286”
“YA ALLAH JANGAN KAU BEBANKAN SAUDARA KAMI DAN KAMI DENGAN BEBAN YANG BERAT SEBAGAIMANA ENGKAU BEBANKAN KEPADA ORANG-ORANG YANG SEBELUM KAMI. YA ALLAH JANGANLAH KAU PIKULKAN KEPADA KAMI APA YANG KAMI TIDAK SANGGUP MEMIKULNYA ENGKAU PENOLONG KAMI MAKA TOLONGLAH KAMI TERHADAP KAUM YANG KAFIR” (AL BAQARAH: 284-286).
Qawy illahitaala saudaraku. Setiap mukmin itu adalah bersaudara J



#tbpic senyuman tanda kami kuat InsyaAllah.. puasa-puasa bah ni kami kurang tidur, perut berkeroncong jarak jauh kami tahan hehe J.
Sayonara Kudat .. Ahlan wasahlan  kk.. J
Hati kami sedih sikit sebab orang janji dalam tentatif asal mahu singgah ke Simpang Mengayau Kudat tapi tidak jadi perjalanan kami perlu disegerakan ada program baru menunggu di kk… Go to SSMI (Nisa sepanggar)  dan Edaran bubur lambuk (PPK Sepanggar)…J InsyaAllah Raya kami datang lagi…

#tbpic smart solat kg. Andap bangau Kudat…J


#tbpic…dia tutup mata comel sangat
#dia anak usatazah yang mengajar agama di perkampungan muallaf Andap Bangau.
Ku usap kepalanya ibarat anak kecil (ehem macam praktis jadi ibu sudah ni J) dia tidak mampu berkata-kata lemas berpuasa dan sangat haus  katanya. Gelagatnya sangat mencuit hati  jumlah puasanya  11-2 = 9 dia hanya gunakan bahasa isyarat tangan denganku hehe. Pastinya budak ini akan dirindui, Semoga jadi anak Soleh..



#tb pic kami geng Van sebelum bertolak ke kk kami kongsikan gambar dihadapan surau kampung Andap Bangau Kudat.
Dari kiri- Yumi, Laila, Unie,Sri, Shu,k.Has, dan satu-satunya Jejaka penumpang Van Siddiq. J



# Teruskan bersama kami kekuatan kami sokongan anda J












Tiada ulasan:

Catat Ulasan