Khamis, 15 November 2012

Ibuku seorang anak pelaut.........

Assalammualaikum w.b.t  pada entri kali nie muliati ingin  kongsikan kisah kehidupan orang yang paling berjasa dalam hidup muliati iaitu puan Azizah bte Salahir  yang mana wanita berjasa inilah yang telah mengandungkan  dan melahirkan muliati ke muka bumi selama  sembilan bulan sembilan hari ibu ini membawa muliati di dalam rahim ke sana kemari semata- mata hanya ingin membiasakan muliati agar dapat hidup  di persekitaran yang sangat berbeza dari tempat tinggal muliati yang asal iaitu rahim miliknya......
apabila lahirnya muliati ke muka bumi  ibu ini lah yang pertama sekali menitiskan air mata jernih menuruni corong pipi ...... ya itulah air mata kegembiraan apabila dapat melihat puterinya lahir dengan sempurna  ke muka bumi.........

apabila muliati berasa seronok menikmati makanan yang di sediakan oleh ibu ini sehingga menjatuhkan beberapa butir nasi ke atas lantai.........
ibu ini yang memberikan nasihat buat muliati agar tidak membazirkan rezeki Allah..... lalu ibu ini bercerita tentang pengalaman hidupnya semasa kecil yang mana bertapa pentingnya sebutir nasi buat dirinya....
dulu mama langsung tidak memikirkan sama sekali tentang mainan seperti kanak- kanank lain yang mama fikirkan adakah rezeki yang akan di bawa pulang oleh atuk dan nenek dari laut untuk dijadikan alas perut untuk malam ini......... adakah rezeki yang disediakan oleh Allah untuk esok hari......... 


penantian demi penantian di tepi pantai air mata mula jatuh mengenangkan nasib atuk dan nenek yang bergelut dengan ombak besar di tengah lautan hanya doa daripada seorang anak  yang mula mengenangkan kesusahan dan keperitan hidup.........
ya Allah selamatkanlah kedua ibubapaku daripada ombak besar lautan ini ya Allah.......
sesungguhnya  hamba masih kecil dan masih mendahagakan setitis susu ibu ya Rabb........
wahai ombak besar jangan kau ambil nyawa kedua ibu bapaku aku masih memerlukan mereka tangisan semakin lebat menuruni corong pipi......


apabila matahari mula menghilangkan  dirinya dari pandangan bumi ..........
 dan apabila bangunnya si anak kecil yang terlelap dari tidur kerana seharian menunggu si ibu dan bapa pulang dari laut .....
terdengar si anak kecil suara nyanyian dari pada seseorang yang sangat dia kenali suara inilah yang sering melelapkan matanya setiap malam untuk tidur ... ya tidak lain dan tidak bukan itu lah suara si bapa yang menyanyi -nyanyi  Lepaku oh lepaku moleh na kami ma lahat .....
itulah suara atuk yang menyanyi -nyanyi pulang dari memancing ikan di laut.... 


apabila sampainya sampan lepa ke tepian pantai si anak kecil berlari segera mendapatkan si bapa dan si ibu...
lalu bertanya. mak pak bnyak dpt rezeki hari nie???
si ayah tersenyum dan berkata alhamdulillah ada juga rezeki kita dapat walaupun ombak besar 
ada juga untuk kita makan malam ini dan esok pagi.....
si anak kecil senyum gembira


                                                                 
   Ibu tahu hidup mereka sekelurga hidup dalam kemiskinan  jadi apabila setiap kali makan dia tidak pernah menjatuhkan sebutir nasi pun ke atas lantai kerana ia sangat2 berharga 
selain itu oleh kerana si ibu hidup dalam kemiskinan lahir dari keluarga pelaut tiada pendapatan tetap dia terpaksa melupakan niatnya untuk pergi sekolah seperti kanak-kanak lain.
sebab itulah apabila muliati tanya pada ibu kenapa ibu tidak boleh membaca barulah kini muliati mengerti
namun muliati bangga dengan ibu kerana masih ada ciri peninggalan Rasulullah dalam diri ibu iaitu Ummi 
Ibu selalu berpesan kepada muliati jangan malas belajar kerana ilmu saja boleh mengubah kehidupan cukup cuma ibu Ummi jangan anak- anak ibu.......

 TERIMA KASIH MAK DARIPADA ANAKMU YANG KINI TELAH BERUBAH
(SRI MULIATI BTE ABDUL LATIF)

1 ulasan:

  1. mungkin bagi sesetengah pembaca cerita ini biasa-biasa saja ... tapi percayalah cerita ini akan menjadi sesuatu yang sangat luar biasa jika kita lihat dari aspek tersurat dan tersiratnya.....
    ilmu itu amat penting kerana dengan ilmu saja kita dapat mengubah kehidupan nomad kita ... namun jangan cuma ilmu dunia yang kita kejar sehingga kita lupa untuk mencari ilmu akhirat untuk di jadikan bekalan di akhirat kelak.... biarlah hidup kita seimbangkan yang mana ilmu dunia kita pegang dan kuasai ilmu akhirat pula tetap di hati....... renung-renungkan dan selamat beramal (^_^)

    BalasPadam