Sabtu, 28 Julai 2012

terbaiklah i proud to you as a women that using the purdah(^_^)

alhamdulillah bertemu kembali kita dalam entri muliati yang seterusnya nie kali nie muliati just mahu kongsi satu cerita sahabat yang baru saja dikenali beberapa minit yang lepas di muka buku ,,, tapi muliati suka tengok kawan nie sebab dia bepurdah dari mata saja boleh nampak kecantikan wajah yang di milikinya beruntungnya sang pemilik wajah tersebut kan??? ok muliati mahu kawan-kawan sekalian baca betul-betul tentang tentang apa yang sahabat baru muliati nie ingin sampaikan tapi rasanya ia cuma satu pengalaman dirinya sebagai seorang wanita yang memakai purdah

*************************************

Hati berdetik tetapi Allah Mengetahui. Rasa serba salah apabila takut memalukan kakak di majlis kendurinya. Lagi-lagi perlu menjaga maruah dan ramai di dalam keluarga tidak mengetahui serta perlu lakukan sesuatu agar tertib masih dijaga dan purdah ini tidak menghalang dalam melakukan apa-apa perkara. Bermulalah research dan membuat eksperimen dengan dua selendang. Alhamdulillah, dengan wang yang ada sedikit, alhamdulillah, selendang yang dibeli di kedai Sunnah Seksyen 13 dijadikan sebagai eksperimen pertama pada majlis ini. Pakaian ku tidaklah seberapa macam mereka2 tetapi keluargaku menerima ku dengan seadanya dan kerabat-kerabat vvip mengetahuii bahawa purdah ini tidak menghalang dalam melakukan apa2 perkara dan wanita berpurdah ini sama saja seperti mereka. Selain itu, gambar ini telah dicuri atau diambil oleh walid sendiri ketika termenung dan menentukan nasib sendiri. Dimanakah akan aku berada nanti~~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan