Ahad, 29 Julai 2012

aku bangga dengan dirinya


ya Allah amat beruntung diriku ini ya Allah apabila aku berjaya jadikan seorang senior di sekolahku sebagai idola buat diriku di mana dari pertuturan dan identiti dirinya saja boleh membuatku bangga dengannya dirinya
lembut pertuturannya baik budi pekertinya mampu menarik minat sesiapa saja yang baru melihat dirinya

****************************************
blog miliknya sering ku kunjungi apabila ada kelapangan waktu kerana setiap kata- kata yang di tulis di blog miliknya mempunyai maksud tersirat begitu teratur kata-katanya walaupunku tahu ia cuma merupakan sesuatu yang sepontan keluar dari mulut dan fikrah miliknya

***********************************************
sudah berulang kali juga ku coba membongkar kisah cintanya kerana bagiku dia merupakan seorang wanita yang cukup sempurna yang patut dimiliki oleh seorang arjuna yang juga sedondon dengannya dirinya

********************************************
akhirnya kisah cinta sucinya dapatku kesan
namun benarlah tanggapanku dia merupakan seseorang wanita yang cukup-cukup sempurna di mana kerana ketaatannya kepada sang pencipta dia sanggup membuang rasa cinta itu jauh dari hidupnya walaupun dia tahu cinta itu merupakan satu fitrah yang wujud tanpa diminta ,,,,,
namun adakalanya hatinya berasa berat untuk membuang perasaan tersebut kerana baginya sekiranya dia menafikan perasaan tersebut sama saja dia telah menolak mentah- mentah pemberian hadiah dari Allah buat dirinya

********************************************
dengan itu dia mula menyimpan perasaan cinta itu jauh dalam lubuk hatinya dan dia percaya sekiranya Allah meredhai hubungannya dengan sang pemilik hatinya selepas Allah dan rasul insyaallah pasti akan bersatu dalam lafas ijab dan kabul ,,,, ameen ya rab

Tiada ulasan:

Catat Ulasan