Ahad, 2 Oktober 2011

``MASANYA TELAH TIBA~~


Sabda Rasulullah S.A.W: "Orang mukmin bagi orang mukmin itu laksana bangunan, yang sebahagiannya memperkuatkan sebahagian yang lain".

*****

"Macam mana mutabaah saudara-saudaraku semua? Ada peningkatan tak?"

Hakim tersentak. Tak disangka ungkapan sebegitu akan keluar daripada murobbinya. Sementaraikhwah yang lain menceritakan peningkatanmutabaah mereka, Hakim hanya mendiamkan diri.

"Kenapa saudara? Ada masalah ke?" Murobbinya bertanya.

Hakim hanya tunduk merenung lantai masjid.

"Kenapa saudara? Ada masalah ke?" Soalan diulangi.

Sekali lagi tiada respon yang diterima. Hanya sekujur tubuh yang tunduk merenung lantai kelihatan.

Faiz berfikir sejenak,

"Kenapa dengan Hakim ni? Apa masalah dia? Patutkah aku desak dia sekarang?"

Hampir sahaja Faiz kalah dengan desakan.

Namun dia teringat Firman Allah S.W.T :"Tetapi orang yang bersabar dan memaafkan, sesungguhnya (perbuatan) yang demikian itu termasuk hal-hal yang diutamakan." (Surah Asy-Syuura 42: Ayat 43)

Lalu dia pun bersabar. Halaqoh diteruskan. Faiz memberikan taklim tentang pentingnya hikmah dalam usaha dakwah. Sepanjang sesi tersebut, mata hakim hanya berkaca-kaca. Faiz hanya mampu untuk berpura-pura tidak menghiraukan reaksi Hakim. Baginya, biarlah dia mendekati anak halaqohnya itu pada masa yang sesuai. Semoga ikatan hati antara mereka yang dibina atas dasar keimanan dapat membantunya mengenalpasti apakah sebenarnya masalah yang dihadapi oleh anak halaqohnya yang seorang ini.

Sudah menjadi tanggungjawab baginya sebagai murobbi, untuk membantu mutarobbinya dalam masalah yang dihadapi.

Dia tahu, Rasulullah S.A.W. pernah bersabda: "Kalau seseorang dan kamu itu berjalan kerana hendak menolong saudaranya adalah lebih baginya daripada ia ber 'iktikaf sebulan di masjidku ini."

*****

Angin sepoi-sepoi bahasa pada pagi itu. Tasbih, tahmid, dan zikrullah memenuhi ruang udara. Burung-burung berkicauan, memuji kebesaran Yang Maha Esa.

Hakim menghempaskan dirinya di atas katil, baru selesai solat Dhuha. Lelah sejak semalam masih belum hilang dari ingatannya. Halaqoh semalam berakhir pada jam 3 pagi. Memang agak lewat, namun dia ingat pesanan Faiz bahawa apa yang kita korbankan, sama ada masa, tenaga, harta, atau apa sahaja pasti akan Allah gantikan dengan yang setimpal atau yang lebih baik.

Allah tidak akan menzalimi hambanya walau sebesar zarah. Setiap orang mendapat sesuai dengan apa yang dia berikan. Allah tidak akan mensia-siakan hambanya yang beramal, baik lelaki mahupun perempuan. Itu janji Allah.

Derakkan tapak kaki menandakan kedatangan seseorang. Sebaik terdengar kalimah zikrullah yang tidak henti-henti memuji kebesaran Allah, Hakim tahu, memang tiada orang lain yang sedang menuju ke pintu biliknya itu. Ya, itu memang dia. Siapa lagi selain murobbinya yang tercinta. Kedatangannya memang bukan satu kejutan, mengambil kira kelakuannya dalam sesihalaqoh semalam.

"Assalamualaikum...," Kedengaran suaranya, jelas namun halus. Pasti menyejukkan hati orang yang berbicara dengannya.

Pintu dibuka. Ya, memang dugaannya benar. Dalam kesibukkan pelajaran dan urusan dakwah, Faiz masih mampu meluangkan masa bagi menjenguk dan mengetahui apakah masalah yang dihadapi oleh mutarobbinya itu.

Faiz dijemput masuk. "Apa masalah saudara?" Soal Faiz kepada mutarobbinya itu. Hakim hanya memandang lantai tanpa sebarang respon. Soalan tersebut diulang, tetapi kali ini dengan lebih lembut seperti seorang ayah.

Akhirnya Hakim mahu menceritakan apa yang berlaku. Hakim mengaku bahawa mutaba'ahnya makin berkurangan berbanding dengan rakan-rakannya yang lain. Dia terasa dirinya sungguh berdosa dan hina lantaran jauh daripada Allah.

Faiz mendengar dengan penuh prihatin. Kemudian, Faiz tersenyum akibat gelagat yang dilakukan oleh hakim. Faiz menasihati hakim.

"Saudaraku, memang patut kita ni berasa hina. Sebab kita ni memang hamba yang sangat hina. Memang patut kita bersedih bila mana mutaba'ah kita menurun, namun anta kena ingat satu perkara. Kita tak boleh larut dalam kesedihan. Itulah sebenarnya yang syaitan nak, supaya kita tinggalkan terus ibadah walau macam mana pun. Saudara kena bangkit.

Saudara ingat pesanku ni. Kekuatan tak boleh ditunggu, ia perlu dibina. Kalau sekadar saudara-saudaraku nak menunggu, sampai bila saudara?

Keluarkan terjemahan saudara. Bukak surah 57, ayat 16.

"Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka), dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan al-Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik." (Surah al-Hadiid 57 : Ayat 16)

Allah soal kita saudara, sampai bila kita nak tunggu kekuatan tu? Sebab tu saudara, inilah masanya. Saudara-saudara kena bina kekuatan, bukan tunggu kekuatan. Kalau kita asyik sedih je, sampai bila baru kita nak bangkit?"

"........."

"Saudara-saudara nak dengar satu cerita tak?"

"Aak."

"Ok, dengar tau. Ni cerita ana. Panjang la jugak."

*****

Masa tu diriku masih awal dalam tarbiyah. Diriku rajin ikut halaqoh, cuma masa tu diriku belum tinggalkan karat-karat jahiliyah dalam diriku lg. Selalunya mutaba'ah ku down... hehe...

Suatu hari, murobbi ana datang ziarah dan tanya padaku,

"Faiz, saya dengar saudara masih lagi bercouple, game, apa segala macam semua tu. Betul ke?"

Saya dengan selamba menjawab,

"Err.... Haah."

"Tapi, saudara-saudara dah lama ikut halaqoh kan?"

" Saya rasa diriku belum bersedia lagi la saudara nak tinggal semua tu. Diriku dah cuba, tapi susah la..."

Murobbi ku pun senyum padaku. Kemudian, dia bagi ayat yang sama,

"Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka), dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan al-Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras. dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik." (Surah al-Hadiid 57 : Ayat 16)

"Saudara, Allah dah tanya, sampai bila saudara-saudara nak tunggu? Sampai bila saudara-saudara nak terus macam ni? Saudara-saudara kena ingat, kekuatan tu bukan macam pancing ikan. Ia tak boleh ditunggu, ia perlu dibina. Saudara-saudara cuba tengok, ikhwah yang lain dah lama tinggal semua tu. Saudara-saudara pulak? Kalau diorang mampu, kenapa saudara-saudara tak mampu? Mereka pun ada nafsu jugak saudaraku. Cuma mereka mampu mencipta kekuatan dan membantunya supaya keimanan lebih kuat daripada nafsu dan godaan."

"Tapi diriku tak cukup kuat."

"Tak cukup kuat bukan alasan untuk tidak berbuat saudara. Tapi sebaliknya sebab tak cukup kuatlah kita kena bina kekuatan sehingga kita mampu. Saya yakin saudara-saudara. Saya pun pernah rasa macam saudara-saudara. Tapi murobbiku nasihatkanku, dan jadilah diriku sampai macam ni sekarang."

Melihat keadaan diriku yang maasih macam tak yakin, murobbiku kata,

"Ok. Takpe. Saudara-saudara mungkin tak yakin. Macam ni, minggu depan saudara-saudara free kan? Saya bawa saudara-saudara semua pergi satu tempat. Nak?"

"Nak!"

"Tapi ada syarat. Mulai esok, saudara-saudara kena cuba sedaya upaya untuk elak benda apa segala macam yang kamu semua buat sekarang ni. Kalau saudara-saudara terlepas, cepat-cepat taubat. Lawan syaitan tu macam musuh."

"Tapi macam susah je."

"Boleh je sebenarnya, cuba sibukkan diri dengan ibadah, dengan dakwah, bersama ikhwah. Insya-Allah boleh. Nak ke tak pergi ni? Kalau tak nak, takpe...."

"Ala! Ok-ok...."

*****

Sepanjang minggu saya cuba lawan maksiat tu.... game, couple, movie, apa segala macam semua diriku lawan habis-habisan. Hari-hari pertama, susah sangat. Rasa macam nak pecah kepala. Tension betul. Tapi lepas beberapa hari, dia mula jadi ok. Ada la juga sikit-sikit terlepas, namun lepas tu diriku taubat dan berazam untuk tak ulang.

Kemudian, hari tu pun sampai. Murobbi ku membawaku pergi pantai.

"Saudara, cuba antum tengok kapal layar tu. Dia pakai angin kan? Agak-agak, kalau ada orang naik kapal tu,

lepas tu angin tolak dia jauh dari pantai. Dia boleh patah balik tak?"

"Err.... Rasanya tak."

"Boleh, tapi nanti kena makan jerung baru sampailah... hehe... sama jugak saudaraku. Kamu semua dah mula tinggalkan maksiat, dah mula naikkan mutaba'ah kan. Sepatutnya semua dah tak boleh patah balik. Kalau saudara-saudaraku patah balik juga, jadilah macam saya cakap, kena makan jerung. Hehe.."

Saya mula-mula kurang faham. Lepas saya ulang beberapa kali, baru saya sedar. Betul juga kata-kata dia tu. bila kita nak mula, memang terlalu susah. Tapi lepas tu ia pasti semakin senang.

Tanpa saya sedar, air mata jatuh dari pipiku. Tenangnya hati ini bersyukur mengingatkan hidayah yang Allah beri dalam keadaan diriku yang macam tu.

" Barangsiapa yang Allah menghendaki akan memberikan kepadanya petunjuk, niscaya Dia melapangkan dadanya untuk (memeluk agama) Islam." (Surah al-An'am 6 : Ayat 125)

*****

"Saya terus perbaiki diriku lepas tu. Akhirnya, jadilah diriku macam sekarang. Memang macam ni jalan tarbiyah saudara. Tak ada yang senang, semuanya susah. Tapi ingat, setiap kesusahan kita ada balasanya di sisi Allah. buat masa ni, kita hanya perlu sabar sahaja. Biarlah kita susah di dunia, janji di akhirat nanti kita senang."

Panjang lebar Faiz bercerita. Cucuran air mata Hakim semakin banyak. Namun kemudian tiba-tiba dia bangkit dan mengambil terjemahan al-Qurannya.

"Kenapa saudara?" Tanya Faiz.

"Saya nak bangkit balik. Macam mana pun, hari ni diriku kena habiskan 3 juz. Inilah masanya, betul tak murobbiku?"

Faiz tersenyum. Kali ini dia pula menitiskan air mata. Sekelimut tahmid merentasi bibir memuji kebesaran yang Maha Esa. Tidak dapat digambarkan nikmatnya berada dalam tarbiyah. Ukhuwah Islamiyah yang dibina atas dasar keimanan sememangnya begitu indah. Itulah kelebihan cinta kerana Allah.

"Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, Maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari padanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk." (Surah Ali 'Imran 3: Ayat 103)

"Saudaraku, uhibbukum fillah."

Faiz memeluk Hakim.

"Moga kekuatan ukhuwah bakal membawa kita ke Syurga..."

*****

Tiada ulasan:

Catat Ulasan