Jumaat, 11 Februari 2011
kehidupan seorang musafir mencari nur'''''
disini saya ingin mengungkap kisah hidup seorang musafir'''''' dimana seorang musafir yang sentiasa berusaha untuk mencari nur ALLAH S.W.T .tetapi adakalanya dia berasa tidak mampu dan sering berasa tidak layak untuk mendapatkan nurNYA '''' tambahan lagi sifat rendah diri yang ada pada dirinya sedikit sebanyak sering mematahkan semangat juangnya untuk menjadi seorang pejuang islam tetapi dengan berbekalkan matlamat dirinya iaitu ingin membawa keluar seluruh keluarganya daripada tergolong dengan orang -orang yang mula jauh dari islam (buta islam) , akhirnya dia akur serta ia merupakan satu matlamat dapat membangkitkan semangat juangnya yang mula jatuh''''''''. namun dia sering kali merasa seperti seorang musafir yang mula kehausan mencari air dipadang pasir yang panas terik dan mula membuat pilihan sama ada ingin meneruskan perjalanannya hingga ke destinasi yang hendak di tuju ataupun sebaliknya '''' ditambah lagi dengan kehidupan disekelilingnya yang penuh dengan cabaran ,dugaan serta keluarga yang kurang memahami seakan-akan tidak mengizinkannya dan dia berasa tidak mampu lagi serta sering berkata kepada dirinya "ya allah bagaimana mungkin aku boleh memperjuangkan agamamu ini sedangkan aku masih tidak dapat membawa keluargaku untuk sujud kepadamu ya allah" hanya air mata saja yang dapat meluahkan kesedihan yang ada dalam dirinya disaat itu .Adakalanya dia berasa hidupnya ini penuh dengan kepura-puraan dimana dia berasa tenang , gembira seakan -akan tidak mempunyai masalah tambahan lagi dia sering mengambil berat tentang para sahabatnya sekiranya mereka mempunyai masalah ''' persoalannya disini dia sering kelihatan gembira di mata masyarakat tetapi tiada seorang pun yang tahu apa yang dia rasa serta apa yang alami oleh dirinya semasa hatinya mula diketuk oleh para malaikat serta di dibekalkan sedikit hidayat ole h allah s.w.t'''''''''''''' agar dia tidak terus hanyut di bawa harus dunia
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan