Khamis, 9 Ogos 2012

20 Ramadhan emak buat Iftar (^_^)

Assalammualaikum kali nie muliati tidak mahu story panjang2 macam yang dulu2 tue (^_^) . Esok 10 /8/2012 bersamaan dengan genap 20 ramdhan kan??? jadi emak rancang mahu buat iftar ramdhan yeah.... yeah bestnya mesti ramai orang tue kan?? Insyaallah tapi kebetulan pula waktu sama dengan program di sekolah muliati iaitu Iftar juga dan solat hajat untuk pelajar2 yang ambil exam penting jadi muliati tidak pergi sekolah esok sebab mahu bantu emak masak (>_<) tapi tidak apa lah sebab muliati mahu berkumpul dengan keluarga .....(^_^)

Khamis, 2 Ogos 2012

selamat tinggal sarawak T_T

sedihnya tidak dapat melanjutkan pelajaran ke sarawak padahal dari dulu lagi muliati ingin sangat menjejakkan kaki ke bumi kenyalang itu tapi mungkin bukan nasib muliati untuk sambung keperingkat diploma lagi sebab keputusan mutamat telah dibuat iaitu sambung form6 di sekolah lama smk perempuan likas kota kinabalu ... kalau muliati masuk form6 sekurang-kurangnya ringan sikit beban mama dan bapa lagipun bulan 9 nanti lepas raya abang akan langutkan pelajaran ke Ciast shah alam Selangor jadi muliati fikir balik tentang tawaran diploma di politeknik kuching sarawak tue ,,,, cuba fikirkan sekiranya dua2 kami pergi lanjutkan study beban keluarga mesti bertambah kan??? lagipun pendapatan kapita keluarga muliati x lah banyak mana,,,, mungkin rezeki muliati bukan di bahagian diploma walaupun berat juga pada mulanya ingin lepaskan peluang nie sebab panggilan nie merupakan panggilan rayuan yang muliati buat 2 bulan lepas ,, lagipun bidang yang ditawarkan sangat-sangatlah menjadi idaman mulaiti iaitu dalam bidang kejuruteraan perikhidmatan pembangunan .... bestkan bunyinya???? tapi tidak apa mulaiti janji akan study smart untuk mencapai cita-cita mulaiti satu hari nanti sebab orang bilang bersusah2 dahulu bersenang2 kemudian sebab itulah merupakan lumrah kehidupan yang harus kita hadam selagi kita masih hidup di atas bumi ciptaan ilahi ini.............

Ahad, 29 Julai 2012

aku bangga dengan dirinya


ya Allah amat beruntung diriku ini ya Allah apabila aku berjaya jadikan seorang senior di sekolahku sebagai idola buat diriku di mana dari pertuturan dan identiti dirinya saja boleh membuatku bangga dengannya dirinya
lembut pertuturannya baik budi pekertinya mampu menarik minat sesiapa saja yang baru melihat dirinya

****************************************
blog miliknya sering ku kunjungi apabila ada kelapangan waktu kerana setiap kata- kata yang di tulis di blog miliknya mempunyai maksud tersirat begitu teratur kata-katanya walaupunku tahu ia cuma merupakan sesuatu yang sepontan keluar dari mulut dan fikrah miliknya

***********************************************
sudah berulang kali juga ku coba membongkar kisah cintanya kerana bagiku dia merupakan seorang wanita yang cukup sempurna yang patut dimiliki oleh seorang arjuna yang juga sedondon dengannya dirinya

********************************************
akhirnya kisah cinta sucinya dapatku kesan
namun benarlah tanggapanku dia merupakan seseorang wanita yang cukup-cukup sempurna di mana kerana ketaatannya kepada sang pencipta dia sanggup membuang rasa cinta itu jauh dari hidupnya walaupun dia tahu cinta itu merupakan satu fitrah yang wujud tanpa diminta ,,,,,
namun adakalanya hatinya berasa berat untuk membuang perasaan tersebut kerana baginya sekiranya dia menafikan perasaan tersebut sama saja dia telah menolak mentah- mentah pemberian hadiah dari Allah buat dirinya

********************************************
dengan itu dia mula menyimpan perasaan cinta itu jauh dalam lubuk hatinya dan dia percaya sekiranya Allah meredhai hubungannya dengan sang pemilik hatinya selepas Allah dan rasul insyaallah pasti akan bersatu dalam lafas ijab dan kabul ,,,, ameen ya rab

Sabtu, 28 Julai 2012

terbaiklah i proud to you as a women that using the purdah(^_^)

alhamdulillah bertemu kembali kita dalam entri muliati yang seterusnya nie kali nie muliati just mahu kongsi satu cerita sahabat yang baru saja dikenali beberapa minit yang lepas di muka buku ,,, tapi muliati suka tengok kawan nie sebab dia bepurdah dari mata saja boleh nampak kecantikan wajah yang di milikinya beruntungnya sang pemilik wajah tersebut kan??? ok muliati mahu kawan-kawan sekalian baca betul-betul tentang tentang apa yang sahabat baru muliati nie ingin sampaikan tapi rasanya ia cuma satu pengalaman dirinya sebagai seorang wanita yang memakai purdah

*************************************

Hati berdetik tetapi Allah Mengetahui. Rasa serba salah apabila takut memalukan kakak di majlis kendurinya. Lagi-lagi perlu menjaga maruah dan ramai di dalam keluarga tidak mengetahui serta perlu lakukan sesuatu agar tertib masih dijaga dan purdah ini tidak menghalang dalam melakukan apa-apa perkara. Bermulalah research dan membuat eksperimen dengan dua selendang. Alhamdulillah, dengan wang yang ada sedikit, alhamdulillah, selendang yang dibeli di kedai Sunnah Seksyen 13 dijadikan sebagai eksperimen pertama pada majlis ini. Pakaian ku tidaklah seberapa macam mereka2 tetapi keluargaku menerima ku dengan seadanya dan kerabat-kerabat vvip mengetahuii bahawa purdah ini tidak menghalang dalam melakukan apa2 perkara dan wanita berpurdah ini sama saja seperti mereka. Selain itu, gambar ini telah dicuri atau diambil oleh walid sendiri ketika termenung dan menentukan nasib sendiri. Dimanakah akan aku berada nanti~~

antara artis wanita kegemaran muliati(^_^)

assalammualaikum semua kali nie entri yang muliati mahu post kan bukanlah satu entri yang susah untuk di baca macam entriX2 muliati yang sebelum nie (^_^) hai maklumlah kan muliati masih bergelar pelajar jadi dari segi penulisan pun faham-faham jak lah kan (^_^) kali nie muliati just mahu showkan wajah-wajah artis kegemaran muliati cuma kurang 2 orang iaitu siti nordiana dan irma hasmie maaf ya sbb gambar-gambar dorang nie tiada dalam my laptop .....
jom kita tengok satu persatu calon-calonnya




Oki stiyanadewi

Diana amir

Heliza helmi

ok nie saja yang muliati mahu post pada kali nie ,,,,,
nanti kita jumpa di lain post k (^_^)
salam ramadhan almubarak
laluilah ramadham anda semua dengan sabar dan sentiasa mengingati sang pencipta dengan sentiasa berzikir kepadaNYA,,,,,,

Jumaat, 27 Julai 2012

masjid oh masjid

indahnya masjid Bandaraya kota kinabalu nie kan???
masjid nie merupakan antara masjid yang terunik d negara Malaysia tau sebab masjid bandaraya nie di bina atas air ,,,,,,,
muliati bangga sangat dapat tinggal di sekitar masjid nie sbb cantik sangat....
oppsss terlupa pulak muliati sebenarnya muliati nak cerita satu story nie tapi bukan cerita kosong atau melencong tapi mungkin akan bermanfaat buat kita semua,,,,
di mana masa muliati balik dari sekolah tengahari tadi dengan menaiki bas awam bas tue lalu depan masjid Bandaraya ......
Allahuakbar banyaknya kereta yang paking tepi jalan sehingga bas pun susah mahu lalu
masjid mula di penuhi oleh hamba-hamba Allah yang ingin menunaikan solat jumaat secara berjemaah tapi muliati rasa berbeza betul dengan hari - hari jumaat yang lepas sebab terlalu banyak kereta yang paking di dalam dan di luar masjid,,,,
dalam hati muliati berkata alangkah indah dan cantiknya andai masjid-masjid di kawasan kampung likas nie di penuhi hamba-hamba Allah untuk menunaikan solat wajib sehari-hari dan bukan hanya untuk menunaikan solat jumaat saja dan bukan pula hanya di banjiri pada bulan ramadhan saja ,,,,, tapi apakan daya masanya belum tiba lagi yang mana ahli-ahli koprat , penjawat-penjawat awan sedang sibuk memajukan syarikat dan memajukan negara sehingga lupa untuk mengingati sang pencipta dan sang pemilik segala kekayaan
namun ini lah lumrah dunia akhir zaman namun muliati tidak lupa juga untuk sentiasa mengingati diri muliati sendiri sebagai hamba Allah yang sentiasa tidak lepas dari melakukan dosa walaupun sekecil-kecil zarah,,,,

Isnin, 23 Julai 2012

muslimin baca nie !!!!


Ruginya orang handsome tak solat, Nabi Yusof yang handsome pun solat.

Ruginya orang cantik tak solat, Saidatina Aisyah yang cantik pun solat.

Ruginya orang kaya tak solat, Nabi Sulaiman yang kaya pun solat.

Ruginya orang miskin tak solat, Nabi Muhammad yang miskin pun solat.

Ruginya budak-budak tak solat, Hasan dan Husin budak pun solat. ...