Ahad, 2 Oktober 2011

......PENCARIAN UNTUK KEBAHAGIAAN....


"Suhana,kau pernah minat pada seorang lelaki tak?" tanya kawan saya ketika kami sedang duduk berehat.

"Pernah lah," jawab saya. Agak segan kerana soalan sensitif yang dilontar oleh kawan.

"Kalau kau suka, kau akan buat apa?"

"Aku akan berdoa dalam hati, Allah,aku suka akan dia,jika dia adalah jodohku, maka dekatkanlah dia untukku, jika bukan maka berikanlah yang lebih baik dari itu,"jawab saya.

"Oh..." terdiam seketika kawan saya itu.

Benar, setiap orang pasti pernah jatuh cinta. Namun bagi yang menjaga iman dan diri, pasti dipendamkan dahulu, cuba berusaha dengan cara yang betul untuk meraih cinta tersebut. Berusaha untuk tidak mencemari diri dari melakukan perkara-perkara yang mampu mencalarkan maruah diri dan sebagainya.

Jangan jadi manusia terhegeh-hegeh dan terlalu menguja.

Kongsikan kepada kami produk anda, lokasi perniagaan, dan kehebatan tentang produk anda! Mari daftar di http://direktori.iluvislam.com sekarang! Serendah RM5 Sebulan* Promosi RM50 selama setahun!(Sah sehingga 30 Jun 2011)

Wanita fitrahnya adalah seperti daun semalu, yang berduri dan bila disentuh tertutup malu. Seperti bunga mawar yang indah namun penuh berduri tajam.

Jangan dihilangkan fitrah itu, kerana cinta anda sanggup mengejar sesuatu yang pasti bukan kepunyaan anda.

Seringkali kerisauan mengenai jodoh menjadi pendorong kepada berlakunya ikatan kemanusiaan jantina yang berbeza yang tiada nilai di sisi agama - bercouple tanpa sah!

Atas alasan takut diri tidak laku,maka jika sesiapa lelaki yang menghulur cinta maka terus diterima tanpa berfikir dengan akal yang waras. Maka ketetapan Allah mengenai jodoh tidak dipeduli kerana kerisauan yang sering menghantui diri.

Sudah dibilang pelihara diri anda, maka peliharalah kerana itu bukan sesuatu yang merugikan. Namun, jika diri sudah terperangkap dengan mainan emosi kerisauan ini, segeralah bermuhasabah.

Ya,benar.. saya akui, jodoh tidak akan bergolek, a perlu dicari. Namun, pencarian anda itu bagaimana caranya? Adakah mengikut syariat atau tidak? Adakah anda yakin pacar anda sekarang pasti meminang anda atau tidak?

Dan akhirnya pasti kalian menjawab, "terserah pada Allah, moga inilah jodohku"..

Nah, akhirnya anda sendiri akur untuk berserah juga akhirnya, tetapi berserah setelah mengikut pencarian yang salah, anda sendiri mampu menafsir apa yang berlaku seterusnya.

Saya tidak menafikan juga bahawa kebahagiaan itu tidak mampu dinilai. Tapi sedarlah wahai sekalian sahabatku, kita sering bermimpi indah selepas perkahwinan, punya anak-anak yang soleh dan sebagainya, tapi hakikatnya kita masih kabur dalam menilai erti perkahwinan itu sendiri.

Seharusnya perkahwinan ini mampu menghasilkan generasi Islam yang lebih mantap, bukan pewaris kepada dosa-dosa yang kalian sudah lakukan sebelumnya.

Tuntasnya, saya mahu mengingat kepada diri serta sahabat sekalian bahawa carilah jodoh anda dengan cara yang paling diredhai oleh Allah.

Berpacaran bukanlah jalan terbaik untuk mengatasi masalah kerisauan anda tentang jodoh. Jika indah akhlak kalian, menjaga peribadi anda, jodoh itu sendiri datang kepada kalian tanpa disedari.

Mahu pasangan yang soleh dan solehah? Andalah yang perlu menjadi soleh atau solehah dulu...

Tidak perlu dicari jodoh itu, tapi mintalah kepada-Nya, kerana hanya DIA yang Maha Mengetahui jodoh terbaik untuk kalian.

Apa yang perlu kalian lakukan sekarang bukanlah menjalin hubungan mesra dengan pacaran tetapi jalinlah hubungan mesra dengan Yang Maha Memiliki!

Jangan sekadar mohon jodoh,namun mohonlah juga keturunan yang baik kerna itu bisa menjadi penyejuk mata dan hatimu.

Ikutlah jalan Islam, pasti bahagia selamanya, insyaAllah!

saya tahu saya tak cantik......


Phewittt! Yo! Aweks cun lalu lah. Wahhh!! Comelnya dia. Perghh!! Dia jeling! Assalamualaikum boleh abang nak kenal?" usik sekumpulan budak nakal yang tak pergi solat Jumaat, tapi bangga kemain dekat kedai makan sambil 'phewit phewit' awek yang lalu lalang sambil ketawa berdekah-dekah.

"Ha! Artis Korea ni cute sangat-sangat! Very love her! Nak jadi macam dialah. Kenapa dia lawa aku tak lawa? Semua baju dia pakai semua nampak cantik. Ishhhh... jelesnya aku!", bentak seorang gadis sambil menatap sebuah majalah hiburan yang terkenal.

KECANTIKAN : DI MANA NILAINYA?

Manusia sememangnya hidupan yang pelik, istilah kecantikan didefinasikan kepada pelbagai. Kalau di Iran, wanitanya begitu obses dengan hidung yang dibedah, atau di Mauritania di mana wanita gemuk dianggap seksi dan mengghairahkan. Bagaimana dengan masyarakat kita sendiri pula?

Tidak perlu mempunyai hidung yang mancung seperti paruh seludang, atau wajah yang sesempurna Aishwarya Rai. Cukup dengan berpakaian tapi seolah-olah "bertelanjang" dan mengenakan kain ela yang pelbagai untuk menutupi kepala, itu cantik namanya.

Minta maaf bukan hendak memperlekehkan kecantikan plastik wanita, itu realiti yang telah lama bertapak dalam mentaliti masyarakat kita. Tipikal? Tiada siapa yang boleh menafikannya.

Pada saya kecantikan ialah bagaimana mata mereka yang memandang itu mentafsirnya. Lebih tepat, pandangan orang lain terhadap fizikal kita. Betul! Dan saya pernah membuat eksperimen sendiri dengan mengajak adik-adik lelaki saya untuk memilih artis wanita yang mereka rasakan tercantik.

Hasilnya seperti diduga, setiap daripada mereka memilih artis wanita yang berlainan. Bila saya tanya kenapa pilihan masing-masing yang terbaik, semua sibuk memberikan seribu satu alasan yang tidak boleh diterima oleh akal saya.

Lihat! Bukankah itu bukti yang nyata bahawa kecantikan itu terlalu besar skopnya untuk diperjelaskan kepada umum? Apa yang cantik di mata saya atau anda, tidak semestinya akan cantik pada pandangan orang lain juga.

Persoalannya, adakah apa yang kita ada sekarang ini bukan yang terbaik? Adakah Allah itu zalim dan pilih bulu dengan memberi sesetengah daripada kita wajah yang cantik manakala setengah lagi fizikal yang tidak sempurna?

Bukankah Allah itu Maha Adil? Bukankah Allah itu Maha Mengetahui? Bukankah Allah itu Maha Bijaksana? Jika begitu mengapa ada sesetengah daripada kita masih meratapi kekurangan yang ada pada diri masing-masing?

SAYA TAHU SAYA TAK CANTIK

Saya tahu saya tidak cantik.. Tapi, walaupun saya tidak cantik, saya tetap ada kelebihan..

Kerana saya tidak cantik, saya tidak jadi mangsa gangguan lelaki-lelaki yang rosak akhlaknya.

Kerana saya tidak cantik, saya dapat pelihara diri saya daripada pandangan bernafsu lelaki yang tidak menjaga pandangannya.

Kerana saya tidak cantik, saya selamat daripada menjadi senjata iblis mencairkan iman lelaki.

Kerana saya tidak cantik, saya tidak mendapat fitnah dan cemburu daripada wanita-wanita lain.

Kerana saya tidak cantik, saya tidak mengharapkan pujian daripada mana-mana lelaki dan wanita.

Dan kerana saya tidak cantik, akhirnya saya menemui insan yang ikhlas mencintai saya seadanya.

Kerana saya tahu.. Saya tidak cantik pada pandangan manusia.. Maka saya akan berusaha agar kelihatan cantik pada ALLAH.. Kerana bukan kecantikan dunia yang saya kejar... Tapi KECANTIKAN di akhirat kelak..

ANGGUN DI MATA ALLAH : SEBUAH KECANTIKAN SEJATI

Kecantikan terdiri dari 2 jenis; kecantikan lahir dan kecantikan batin.

Kecantikan batin (inner beauty) adalah kecantikan yang dicari kerana essensinya, seperti kecantikan ilmu, akal fikiran, dan kesucian diri. Kecantikan batin inilah yang merupakan titik pandang Allah pada diri hamba-hamba-Nya.

Sebagaimana yang disebutkan dalam sebuah hadis:

"Sesungguhnya Allah tidak melihat pada rupa dan postur tubuh kalian. Akan tetapi, Allah melihat pada hati kalian." (HR. Muslim).

Sebenarnya kita semua adalah makhluk ciptaan-Nya yang paling sempurna dan cantik di muka bumi ini. Allah telah menentukan sesuatu sifat dalam diri kita adalah yang terbaik. Hanya mata kita sahaja yang diselaputi dengan nafsu yang tidak dapat melihat kebaikan yang ada pada sesuatu kejadian.

Mengapa sukar bagi kita untuk redha kepada kejadian Allah? Bukankah periuk orang lain sentiasa putih daripada apa yang kita ada? Kita sentiasa melihat apa yang ada pada orang lain itu jauh lebih baik daripada apa yang kita miliki.

Sedangkan nabi Muhammad S.A.W sendiri telah menasihatkan kita agar melihat orang yang kurang bernasib baik. Jangan melihat orang yang lebih bertuah kerana itu akan membuatkan kita tidak bersyukur. Dan itulah masalahnya pada diri kita. Kita sentiasa mengejar yang sempurna dalam kehidupan seharian. Sentiasa mahukan yang lebih bagus daripada orang lain.

Kita ada biduk, tetapi dalam masa yang sama berkehendakkan serempu pula. Tidak terkecuali dengan saya. Siapa yang tidak suka mendengar pujian melangit kerana cantik, bukan?

Ketika zaman bersekolah, semuanya kena bersaing atau sekurang-kurangnya sama dengan kawan-kawan. Pakai baju ketat, seluar sendat, dari tudung sehinggalah kepada kasut, kalau boleh semua mengikut peredaran fesyen. Pendek kata melaram berlebihan. Cuba bayangkan betapa banyak dosa yang terpaksa saya tanggung semata-mata untuk kelihatan trendy seperti itu? Syukurlah kesedaran datang sebelum lebih banyak dosa terkumpul.

Sekarang ini nak pergi mana pun, satu yang sentiasa perlu tanamkan dalam kepala adalah "bersederhana dalam berfesyen". Cukup dengan hanya menempel "wudhu'" di wajah, bertudung dan tidak memakai pakaian ketat yang menonjolkan bentuk badan.

Untuk itu, mari kita belajarlah untuk berkata Alhamdulillah dengan apa yang ada pada diri kita. Sedarlah, kecantikan bukan terletak pada secantik mana fizikal kita dilihat oleh mata orang lain, atau 'setrendy' mana pakaian yang telah membaluti tubuh masing-masing. Tetapi secantik mana kita di mata Allah.

INDAHNYA HIDUP DIHIASI KEMANISAN IMAN

Kemanisan Iman dapat dirasai bila sepenuhnya cinta adalah untuk-Nya,

Kemanisan Iman itu dirasai bila adanya sifat tawaduk dalam diri.

Adakah aku layak untuk merasai satu kemanisan Iman yang dijanjikan Allah untuk hamba-Nya?

Aku merasakan masih banyak dosa yang sudah aku lakukan,

Seringkali terlupa akan setiap pemberian-Nya,

Mula mencari cinta-Nya apabila dilanda musibah,

Masihkah ada ruang untukku mencari keredhaan-Nya?

Masih terbukakah pintu-Nya untukku?

Adakah aku telah terlambat untuk merebut cinta-Nya?

Aku tahu Imanku hanya setebal kulit bawang,

Jika digugat, pastinya terkoyak,

Jika dipelihara, pastinya akan bertambah tebal,

Bagaimana untukku pelihara harta ini?

Agar terus terpelihara,

Dari noda dan dosa yang menghancurinya,

Aku tahu bahawa kadang-kadang Iman kita menjadi kuat,

Mampu menangkis serangan syaitan laknatullah,

Aku tahu bahawa kadang-kadang Iman kita menjadi lemah,

Kalah dengan permainan iblis terkutuk,

Mula melupakan cinta pada Allah Azza Wajalla.

Iman ini merupkan pintu untuk pembentukan jati diri seorang insan,

Seorang insan yang hebat mempunyai Iman yang kental,

Tidak mudah tunduk dengan permainan hidup,

Seorang insan yang mempunyai Iman yang lemah,

Akan segera tunduk dengan permainan hidup,

Terus menyerahkan nasibnya tanpa terus berusaha,

Menganggap dirinya hina dan tidak mampu untuk berjuang.

Wahai semuanya,

Kemanisan Iman itu sentiasa ada untuk dirimu,

Terserah kepada kita untuk mencarinya,

Atau...

Melepaskan ia pergi.

Orang berilmu dilarang sembunyi ilmu...

Di dalam hadith-hadith di atas tadi kita diperingatkan oleh Rasulallah (s.a.w) bahawa hendaklah kita menuntut ilmu itu dengan ikhlas dan kerana Allah (a.w) semata-mata dan ditujukan semata-mata kerana mentaati dan mengikuti perintah Allah (a.w) dan demi ugamanya. Dan, janganlah ilmu itu digunakan kerana pertimbangan-pertimbangan peribadi atau keduniaan, maka besar dosanya disampaikan kerana tujuan selain dari tujuan kerana Allah (a.w) dan kerana Islam.

Di bawah ini kita juga diperingatkanOleh Rasulallah (s.a.w) supaya tidak menyembunyikan ilmu yang kita pelajari dari pengetahuan orang Islam lain. Kita tidak sekali-kali dibenarkan kedekutkan ilmu. Kita disuruh sebarkan ilmu itu. Malah dalam sepotong hadith Rasulallah (s.a.w) menyuruh sampaikan ilmu yang kita tahu itu walaupun satu ayat al-Quran sekalipun.

Hadith-hadith berikut memperingatkan kita betapa besar dosanya menyembunyikan ilmu uga Islam itu:

(1) Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata daripada Nabi (s.a.w) berkata: ‘Tidak dari seseorang lelaki hafal ilmu maka disembunyikannya dari orang lain, kecuali didatangkan dengannya pada hari qiamat digari (yakni, dirantai) dengan rantai (gari yang diperbuat) dari api neraka.’ [Hadith sahih Ibnu Majah]

Hadith di atas menjelaskan adalah menjadi tanggung jawab utama mereka yang memiliki ilmu itu menyampaikannya kepada orang lain. Jika tidak disampaikannya atau disembunyikannya kerana bakhil dia akan ilmunya atau tidak mahu dia ramai orang lain berilmu, atau mendatangkan kesuahan kepadanya kerana menyampaikan ilmu tanpa imbuhan, atau disampaikannya hanya dengan upah atau bayaran, maka balasannya jelas dalam hadith itu dan hadith-hadith berikutnya, iaitu masuk neraka dengan kedua tangannya digari (diikat) dengan gari yang diperbuat daripada api neraka. Oleh kerana itu wajib menyampaikan ilmu itu. Maka dengan itulah Abu Hurairah (r.a) berkata, disampaikan olehnya hadith-hadith Rasulallah (s.a.w) bukan dengan tujuan peribadi atau selain dari mengikuti perintah Allah (a.w) seperti yang tersebut dalam dua ayat Surah al-Baqarah tersebut.

(2) Diriwayatkan hadith daripada Abdil Rahman bin Hurmuza ‘Araj (r.a): ‘Bahawasanya aku mendengar Aba Hurairah (r.a) berkata: ‘Demi Allah (a.w)! Seandainya dua ayat di dalam kitab Allah (al-Quran) (itu tidak memerintahkan) tidak menceritakan aku darinya (yakni, dari Nabi (s.a.w), yakni hadith-hadith Nabi (s.a.w)) sesuatu selama-lamanya. Andainya tidak berfirman Allah (a.w): [Ayat 174 dan 175, Surah al-Baqarah: (Innal-lazina yaktumuna ma anzalallahu minal Kitabi’ …) (hingga ke akhir kedua-dua ayat tersebut) …’ [Maksud ayat: Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa-apa yang Allah (a.w) turunkan dari Kitab (Yakni, al-Quran)… (hingga ke akhir hayat) …’) [Hadith sahih Ibnu Majah]

Di dalam hadith ini diceritakan sebab musabah Abu Hurairah (r.a) terpaksa menyampaikan dan menyebarkan Ilmu al-Hadith itu, kerana mematuhi perintah Allah (a.w) di dalam Ayat 174 dan 175, Surah al-Baqarah Allah (a.w) melarang supaya sesiapa yang ada ilmu yang datangnya dari al-Quran dan as-Sunnah itu tidak disimpan atau disembunyikan. Wajib disampaikan dan disebarkan ilmu. Maka dengan itulah juga Rasulallah (s.a.w) menyuruh umat Islam ‘sampaikan dariku walaupun sepotong ayat’.

Nota: Ayat 174, Surah al-Baqarah: (Bermaksud) ‘Sungguh-sungguh orang yang menyembunyikan apa yang telah diturunkan Allah (a.w), iaitu Kitab (i.e. al-Quran), dan menjualnya dengan harga yang murah, mereka hanya menelan api neraka dalam perutnya (i.e. makan dan minum yg dihasilkan dari menjual ayat-ayat yg diturunkan Allah (a.w), menyebabkan mereka masuk dalam neraka).’ Ayat 175, Surah al-Baqarah: (Bermaksud) ‘Mereka itulah yg membeli kesesatan dengan petunjuk dan azab dengan keampunan. Maka alangkah beraninya mereka menentang api neraka!’ Yakni, Allah (a.w) memberitahu pasti mereka masuk neraka dan mereka sungguh berani walaupun diberitahu pasti masuk neraka, kerana kekal melakukannya setelah ditegah atau dilarang. Larangan yg serupa juga terpakai terhadap as-Sunnah atau al-Hadith.]

AKU TIDAK SOLAT ... TETAPI AKU TETAP JAYA...


Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.

Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar?

Maka saya hendak bertanya kepada anda.

Adakah anda tahu apa itu istidraj?

Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakakah maksud istidraj?

Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.

Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.

Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Kita lihat contoh yang mudah. Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusiayang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia.

Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan.

Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab,

“ Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku”

Lihat. Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba.

Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran.

Nah… Apakah itu yang kita mahu?

Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian?

Saya yakin, 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?”

Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj.

Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya.

Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil.

Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.

Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.

“ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa”

ALLAH menjawab,

“ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”

Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah studi, gagal dalam perniagaan walau kemas menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,

“ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”

Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.

Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.

Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj?

Saya yakin tidak..

Anda tenang sekarang?

Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT.

Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita.

Mari kita sama-sama duduk, dan bermuhasabah semula.

Jumaat, 16 September 2011

~~~~Tabarruj~~~~


Assalammualaikum buat para para pembaca sekailan ~~

ucapan salam buat sang kaliq dan juga penghulu segala anbiyah di sini penulis ingin kongsikan berkenaan dengan batas- batas bagi kaum hawa . Dimana jika kita dapat lihat pada detik ini semakin ramai kaum hawa yang tidak mengambil kesah berkenaan dengan batas - batas syarak malahan ada sebilangan daripada mereka yang memandang hanya sebelah mata sahaja berkaitan tentang hukum dan batas syarak ''' malahan ada juga dikalangan kaum hawa yang berhijab dengan sempurnanya masih lagi mengamalkan tabarruj secara berlebihan tanpa mereka sedari ...



Tabarruj : jika wanita tidak menyembunyikan kecantikan wajah dan bentuk tubuhnya serta ia beranggapan hai itu baik untuk dipamerkan dengan maksud untuk menimbulkan ghairah seksual kepada kaum lelaki....


Tabarruj: (menghias diri ) secara berlebihan ,hukumnya haram kerana ia termasuk dalam ketogeri mengubah hikmah kejadian Allah , atau lebih tepat lagi , tidak mensyukuri kurniaan Allah .


Contoh: memakai alat solek atau barang-barang kemas secara berlebihan untuk tujuan kecantikan sehingga menarik perhatian ramai terhadapnya.

dalam firman ALLAH S.W.T

"dan janganlah kamu bertabarruj seperti tabarrujnya oarang- oarang jahiliyyah terdahulu " (surah al-ahzab:23)

"wanita yang paling buruk ialah wanita yang meninggalkan rumah mereka dengan bertabarruj bebas tanpa hijab. mereka adalah kaum munafik dan mereka tidak akanmasuk syurga .."(sunan baihaqi)





Selasa, 21 Jun 2011

wahai muslimah ada karh anda sdh d hitbah????

setiap yang bergelar wanita '''' sudah semestinya mempunyai perasaan ingin di cintai dan di kasihi '''' di mana apabila umur kian meningkat dewasa sdh pasti setiap hati-hati wanita muslimah ini akan disapah oleh angin keindahan kehidupan di mana muslimah akan bertanyakan kabar tentang jodoh untuk dijadikan satu wadah kehidupan suatu hari nanti''''''' tetapi adakalnya ia akan membawa satu kerisauan di dalam diri seorang muslimah apabila tanpa di cari dan di minta ia datang dengan sendiri di mana seorang muslimah itu mempunyai seribu satu sebab kenapa jodoh yang datang mula di tolak perlahan-lahan ~~~ .Datangnya seorang murabbi yang mana dia telah lama menyimpan perasaan terhadap seorang muslimah dan ingin bertanyakan tentang diri muslimah tersebut adakah dia sudah berpunya??? dan mahu kah muslimah itu menerimanya sekiranya masih ada ruang???? muslimah hanya mampu tertunduk dan cuba untuk menenangkan hati dan cuba bersangka baik ~~~ bertapa sabarnya muslimin itu menanti jawapan yang belum pasti lagi ..... muslimah hanya mampu meminta sedikit masa agar dapat di pertimbangkan permintaan tersebut ~~~ dan tiba masanya muslimah memberikan jawapan yang sangat -sangat di nanti .... Maaf larh sekiranya jawapan ana nnti tidak memberi satu kabar gembira buat anta ''''' ANA MASIH MAHU BELAJAR'''''' sekiranya jodoh kita memang ada akan tersambung juga tali yang terputus ....... serta akan tergulung di dalam satu pemintal benang juga'''''' di mana muslimah tersebut telah di hitbah buat pertama kalinya hanya menanti saja akan bersatu sekiranya memang di takdirkan untuknya........ muslimah lainya adakah anda telah di hitbah ???? tepuk dada tanya nawaitu dan diri ..... biarlah bercinta sampai ke syurga .......
cinta yang timbul sebelum nikah adalah cinta syaitan yg akan membisikan kata-kata nista d dlm diri'''''''''''