Ahad, 23 Jun 2013

sabar....

sejak akhir-akhir ini terlalu banyak masalah yang terpaksa diri ini lalui sendiri... alhamdulillah benar kata-kata  sahabatku setiap apa saja yang kita lalui ada hikmah di sebaliknya percaya pada janji Allah yang mana Dia tidak sesekali memberikan kesedihan kepada seseorang itu tanpa sebab dan Dia juga tidak memberikan suatu kegembiraan itu tanpa bersebab... alhamdulillah hampir 3 minggu sudah diri ini melangkah kembali ke sekolah untuk meneruskan pengajian sem akhir di smkp likas ... namun keadaan diri yang sangat sibuk di k rasakan pada akhir-akhir ini banyak benda yang perlu difikirkan terutama sekali yang berkaitan dengan penggalasan sesuatu amanah takut pada diri sendiri sekiranya amanah yang diterima akta dibuat sekalipun tidak dapat di galas dengan sebaik mungkin. Namun alhmdulilla berkat kesibukan yang dilalui dalam kehidupan seorang pelajar dapat diri ini lupakan segala masalah-masalah yang boleh menzalimi diri sendiri. Ya Rabb Rabbi yassir watuassir... innALLAH ma ana.

Khamis, 6 Jun 2013

Redhokan hati ini Ya Rabb....

ya mutta'ali 
wahai tuhan yang sentiasa 
memperbolak balikan hati 
tetapkanlah hatiku agar sentiasa 
tidak jauh darimu 
dan jangan sesekali engkau 
membolak balikan hati ini 
setelah engkau memberikan sentuhan hidayah.....

ya Rabb malu rasanya diri ini untuk berbicara denganMU...rasanya diri ini tidak layak untuk dilebalkan sebagai serikandi agama , mujahidah, amirah dan raishah kerana diri ini masih rela dibelenggu dengan perasaan cinta dunia. Berkali-kali hati ini cuba dipujuk agar menjauhkan perasaan itu namun apakan daya diri ini cuma insan biasa Ya Rabb... tidak pernah seskali diri pinta untuk terbelenggu dengan masalah hati yang belum tentu ada penawarnya selain mati... Ya Rabb Engkau  sebaik2 pencipta yang sentiasa memahami sifat fitrah hambaMU dari sebesar-besar perkara sehingga berakhirnya sekecil-kecil perkara 
Ya Rabb engkau maha adil kerana tidak pernah sesekali Engkau menyuruh hambaMU untuk menzalimi diri sendiri bilamana engkau titipkan berita gembira yang menyatakan bahawa Cinta itu merupakan satu fitrah manusia namun jangan sesekali cinta yang fitrah ini bertukar durjana menjadi Fitnah...
jangan jadi hamba kepada cinta yang sanggup mati kerana cinta yang jauh dari ilahi
jangan sandarkan rasa cinta semata-mata kerana keinginan hati dan nafsu semata nauzubilallah ...
Ya Rabb sekiranya cinta yang wujud dalam diri ini semata2 keranaMU maka biarlah ianya mengalir mengikut aliranMU.....
Dan titipkan rasa redho atas segala keputusan yang bakal di terima seandainya memang tiada ruang dan jalan untuk berlakunya penyatuan ikatan di dunia... 

MULIATIZ KIBTIYAH NAMA DIBERI,

SRI MULIATI SYUKURI KURNIAAN NAMA,

WAHAI MUSLIMAH IKLASKAN HATI,
DOA & AMAL ILAHI BERKATI NAMA.





Rabu, 5 Jun 2013

genap 19 tahun usia ku kini....


assalammualaikum lamanya muliati tinggalkan blog kesayangan ini berhabuk tanpa penghuni....rasa2 last post yang muliati buat sekitar bulan november 2012 masa final exam untuk sem 1 wish untuk diri sendiri ^_^ sekarang pula dah masuk bulan jun 2013 lamanya kubiarkan blog berhabuk tanpa sebarang nafkah pembersihan betul2 pemilik blog nie tidak perihatin betul hishishis.....

memandangkan lama tidak bersua muka banyak benda yang diri ini ingin kongsikan sebenarnya tapi tidak tahu lah mahu mula cerita macam mana (mantel block seketika) yang paling mengembirakan diri ini ialah kemarin 5 jun 2013 genap usia 19 tahun ... ya genap 19 tahun diri ini hidup di  bumi tuhan yang bertuah ini , bersama kedua ibu bapa yang sangat menyayangi diri ... ya rabb macam mahu menitis air mata bila mengenangkan usia diri ini yang semakin hari semakin lanjut ... bila memikirkan semakin hari semakin takut .... persoalan2 bertubi2 keluar dari hati nurani apakah yang telah diri ini sumbangkan untuk agama islam sepanjang usia di tahun2 yang sudah??? adakah diri ini sudah menjadi anak solehah bagi kedua orang tua seperti mana janjiku bersama ilahi  ketika di alam rahim lagi??? ya rabb ... kerdilnya diri ini  rasa hinanya aku menumpang di bumiMU memakan hasil rezeki pemberianMU sekiranya tiada satu pun sumbanganku untuk agamaMU yang syumul.... namun diri ini imbas kembali alhamdulillah beberapa tahun lepas diri ini sudah mula berjinak2 dalam berjemaah bagi menyumbangkan sedikit masa dan fikrah serta tenaga untuk sama2 aktif dalam program2 islam , dan menyampaikan tanggungjawab sebagai seorang muslim ... namun sumbangan itu masih terlalu sedikit jika hendak dibandingkan dengan nikmat yang ALLAH telah kurniakan..... namun ya rabb semoga meningkatnya usiaku kini semakin meningkat jugalah keimanan dalam diri  ameen ya rabb.....