Khamis, 2 Julai 2015

Melihat Erti C.I.N.T.A Dari Pandangan Yang Berbeza...


Assalammualaikum wbt. segala puji hanya milik Allah swt selawat dan salam ke atas junjungan besar baginda nabi saw. Pada penulisan kali ini sangat teringin untuk menulis antri berkenaan dengan Cinta yang mana ianya sudah pasti sangat sinonim pada setiap orang.
Namun Cinta apa yang cuba dirungkaikan dalam penulisan kali ini???

apa makna cinta yang sebenar

 Bila berkata tentang perkataan Cinta pastinya akan ramai yang akan tersipu malu jika ingin berbicara lanjut tentangnya. 

aku malu sebab aku punya pengalaman~~
.....................................................................................
aku malu sebab cintaku pernah ditolak~~ 
......................................................................................
aku malu sebab cinta bertepuk sebelah tangan~~
......................................................................................
aku malu sebab ini cinta pertamaku~~
........................................................................................
aku malu sebab hubungan kami berkekalan mungkin till jannah~~
................................................................................
 inilah lontaran-lontaran kata dari si pemilik cinta yang mana pada kebiasaanya  membelakangkan agama dalam bercinta. Cinta ini tidak salah kerana ia lahir dari perasaan suka, kasih dan jatuh rasa sayang semua ini fitrah sifat yang sudah pasti ada dalam diri seorang manusia namun apa yang salah adalah bercinta bukan pada tempatnya seperti meletakkan perasaan cinta dan mula bercinta pada awal fasa sebelum perkahwinan atau pada keadaan yang belum pernah terfikir untuk berkahwin hanya untuk suka-suka. 
sehinggakan ada leka dibuai cinta dunia cinta yang mengalir bukan mengikut caturan Allah swt membelakangkan agama kerana Cinta. 

Love At First Sight - Blue | Terjemahan Lirik Lagu Barat

Yeah
See if you can relate to this one
Kita lihat, apa kau bisa simpati dengan lagu ini


Hope I'm not disturbing you
Semoga aku tak mengganggumu

Because you look in deep thought right now
Karena kelihatannya kau sedang merenung

I don't mean to be rude
Bukan maksudku tuk kurang ajar

'Cause this is normally not my style
Karena biasanya aku tak begini


Can I take you out?
Bolehkah aku mengajakmu keluar?

I feel if I don't ask chance will pass
Aku merasa jika tak kupinta, kesempatan akan lewat

And I'll never see your face again
Dan takkan pernah kulihat wajahmu lagi

I'll never see your face again no
Takkan pernah kulihat wajahmu lagi


IV
You may be thinking I am strange
Mungkin kau pikir aku aneh

Not every single day no
Tak setiap hari

Beauty comes my way, so
Gadis cantik ada di hadapanku, maka


V
Do you believe in love at first sight?
Percayakah kau dengan cinta pada pandangan pertama?

Tell me does that book that you're reading
Katakan padaku apakah buku yang sedang kau baca itu

Tell the story of your life?
Menceritakan kisah hidupmu?


VI
Do you believe in love at first sight?
Percayakah kau dengan cinta pada pandangan pertama?

Should I walk on by, turn a blind eye to love
Haruskah aku pergi, butakan diri pada cinta

Love at first sight?
Cinta pada pandangan pertama?


I could be the man for you
Aku bisa jadi lelakimu

I can make all your dreams come true
Aku bisa mewujudkan semua mimpi-mimpimu

Maybe I'm a fool for saying
Mungkin aku bodoh tuk katakan

I'm in love with you
Aku jatuh cinta padamu


Back to IV, V, VI

You say fare well I say so long
Kau pamit, kubilang sampai jumpa

You say goodbye I'll say you're wrong
Kau bilang selamat tinggal, kan kubilang kau salah

'Cause here in my arms you belong
Karena di sini dalam pelukku lah harusnya kau berada


Back to V, VI (2x)

To love, love at first sight?
Pada cinta, cinta pada pandangan pertama?



Janji-janji manis buayafrend kepada gelifrend
banyak kesalahfahaman tentang Cinta apabila agama sudah berada dibelakang segala hukum hakam pastinya juga sudah ditolak. Kesilapan teman kau bercinta sebelum nikah. Sama ada tahu ataupun tidak tiada istilah Cinta sebelum bernikah di dalam Islam susun aturnya sangat rapi cuma mahu atau tidak saja untuk kita melaksanakannya. Cinta itu fitrah kita tidak minta ianya datang dan adakalanya juga tanpa kita sedari ianya wujud mengikut rentaknya yang tersendiri namun Cinta yang fitrah ini jangan sesekali kerana sikap kita dan tindakan yang kita lakukan sehingga ia bertukar menjadi fitnah..

sesungguhnya Allah swt dalam firmannya berkata Allah swt tidak menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia walaupun hanya sekecil-kecil perkara. Yakinlah dengan janjiNYA ini..
Diberikan kita akal dan hati untuk kita berfikir dan rasai baik buruknya setiap tindakan yang kita lakukan  disamping iman dan akal kita gunakan untuk kita memandu nafsu dan diri kita. Setiap rules yang telah ditetapkan dalam agama semuanya bersebab ada hikmahnya kenapa kenapa Cinta sebelum nikah itu diharamkan antara salah satunya bagi mengelakkan daripada jatuhnya kekanca zina nauzubillah.

jika kau rasa sunyi teman dan perlu pendamping janganlah terus-terusan mencari si bakal pemilik tulang rusuk atau si jantung hati di pasca alam sebelum pernikahan yang mana belum tentu dialah yang akan menjadi jodohmu. Namun carilah pemilik cinta hakiki terlebih dahulu dan cintailah diri kita terlebih dahulu kerana sekiranya kita telah mendapatkan cintaNYA maka hamba-hamba yang mencintaiNYA juga turut sama mencintai dirimu duhai teman dan diriku.

 JAGA HUBUNGAN DENGAN ALLAH DAN
 JAGA HUBUNGAN DENGAN MANUSIA 

SAY NO TO COUPLE UNTIL NIKAH!

BETTER LATE THAN NEVER!

TRY AND TRY DON'T GIVE UP!

Tuhan dulu pernah aku menagih simpati kepada manusia yang alpa jua buta
 lalu tereretlah aku dilorong gelisah luka hati yang berdarah kini jadi kian parah.
semalam sudah sampai ke penghujungnya
kisah seribu duka ku harap sudah berlalu
tak ingin lagi ku ulangi kembali 
gerak dosa yang mengiris hati
Tuhan dosaku menggunung tinggi tapi rahmat Mu melangit luas 
harga selautan syukur Mu hanyalah setitis nikmat Mu di bumi.
Tuhan selangkah ku rapat pada Mu seribu langkah kau rapat padaku

Allah swt berfirman:
"orang-orang yang beriman dan hati mereka tenang dengan zikir Allah. Dan ingatlah dengan berzikir mengingati Allah hati akan tenteram."
(Ar-Ra'd:28)

"Dan ingatlah kalian kepada-ku maka aku akan mengingati  kalian."
(Al-Baqarah:152)

Rabu, 1 Julai 2015

Kenapa cik adik garang sangat???



 Assalammualaikum wbt.. Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam yang maha pemurah lagi maha penyayang. Allahurobbuna Ar-rasul qudwatuna Al Quran  dusturuna Al Jihad  sabiluna.. pada
hari kedua menulis entri kini.. apa yang dipost oleh naqibah a.k.a Sahabat di facebook sangat menarik perhatian.. hanya sekeping gambar mampu untuk dirungkaikan dalam berjela-jela ayat dalam pelbagai versi dan pandangan." Kenapa wanita sekarang garang dan hilang kelembutan". ????

Terdapat banyak tanda soal yang diberikan. Teringat kata sahabatku bilamana aku seringkali meninggikan suaraku dihadapan mereka.
Sahabat: Sri kau marah kah ni?? kenapa juga mahu marah2?
Aku: Bukan marah bah ni kak tapi memang begini (muka tetap tegang). salah satu contoh terdekat harap sahabaat jangan tiru aksi ini...
Ada beberapa sahabat wanita yang kukenali bersifat ala-ala gengster terutama dihadapan muslimin (lelaki) tiada senyuman manis yang diberikan dan tiada sifat-sifat manja menggedikkan yang ditunjukkan sehinggakan setiap yang melihatnya pasti akan menjadi kecut liur serta diam seribu bahasa. Apabila mahu berkata-kata dengannya perlu  berfikir dua tiga kali untuk lakukannya. Namun itu sekiranya jika kamu dan kamu baru mengenali dirinya sekiranya kamu sudah rapat dan selesa bersamanya baru dirimu akan melihat bertapa panjangnya HAHAHAHAHA bila dia ketawa.. heheh
 ibarat kata lirik lagu Fynn Jamal~~
 engkau mungkin garang dari sang naga tapi kau punya manja aku saja boleh rasa...

Adakalanya sifat garang wanita ini terbentuk dan juga dibentuk. Adakalanya sifat  garang ini terbentuk sejak azali lagi oleh kerana faktor persekitaran ketika bagaimana anak-anak mula membina skemata (teori piaget) skemata  ini merupakan penggunaan akan fikir manusia bagaimana ia melihat persekitaran dan persekitran yang dia lihat dan lalui mempengaruhi tingkahlaku.

 Namun ada juga sifat garang ini yang dibentuk. perkara ini biasa terjadi kepada seseorang yang sering kali menanggung beban sama ada bebanan dalam bentuk fizikal ataupun bebanan emosi. Pada awalnya mungkin seseorang ini sikapnya sangat sinonim dengan kelembutan (ibarat wanita melayu terakhir) namun sampai di satu tahap  bilamana dia terpaksa pikul tanggungjawab seorang lelaki lebih dari zahir dan batin serta kuderat wanitanya akhirnya dia mula sadokan dirinya.Yang mana akhirnya dia terpaksa minimumkan sifat keibuannya di sebabkan bebanan tugas yang berat di pundaknya akhirnya dia akur perlunya dia mentransformasi sifat azalinya (lemah lembut) sehingga sampai satu masa akan dinaturalkan kembali. Bila sudah ada orang yang dapat membantu dalam meringankan beben di pundaknya

JADILAH DIRI SENDIRI SEKIRANYA DIRIKU DAN DIRIMU SEORANG YANG GARANG DAN SENTIASA TEGANG TERIMALAH SIFAT INI SEADANYA JAUH DI SUDUT HATI WANITA GARANG TANPA KAMU SEDARI ADA KELEMBUTAN TERSIMPAN DALAM DIRINYA ITULAH WANITA AZALINYA DAN HUKUM ALAMNYA PUNYA RAHIM (sifat sayang dan kasih mengalir dalam dirinya)

Da'wah without Border masam-masam manis :)

Assalammualaikum wbt  segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam yang maha pemurah lagi maha penyanyang serta Dia juga yang menguasai hari pembalasan. Hanya kepadaNya kita menyembah dan memohon pertolongan dari segala kesulitan. Syukur kehadratnya  setelah sekian lama tinggalkan penulisan artikel di blog kini hati dan akal minda digerakkan kembali untuk mengisi masa-masa lapang yang berbaki dengan memulakan penulisan kembali. 

Allah swt telah berfirman dalam QalamNya berkenaan dengan masa yang mana sebagai manusia masa yang ada seharusnya kita tidak persia-siakan ibarat gugurnya dedaun dari rimbunan pepohon. Berkenaan dengan masa ianya diibaratkan sebagai emas kerana masa yang kita lalui sehari-hari ianya akan berlalu pergi dan sudah pasti kita tidak akan jumpa dengan masa tersebut lagi dan kita akan melangkah ke fasa masa yang seterusnya dan seterusnya. Masa yang ada dan berbaki jangan sesekali kita persiakan kerana kita akan tergolong dalam golongan orang-orang yang rugi.


Ini janji Allah swt kepada kita hambanya berkenaan dengan masa. Sekiranya masa yang ada kita persiakan tergolonganlah kita dalam kalangan orang rugi kecuali kita melakukan amal soleh dan kita sentiasa berpesan tentang kebenaran  dengan penuh kesabaran InsyaAllah.
Seandainya tintaku bisa berbicara pasti ianya sudah melambai dan terdengar keluhan syahdu kerinduan untuk diisi dengan bait-bait kata dakwah. Pada 27 jun 2015 yang lepas rombongan  persatuan siswazah sabah pusat telah mengadakan Jelajah Ramadhan  2015 pada awalnya tiada rancangan untuk menyertai rombongan jelajah ini disebabkan adanya komitmen lain yang perlu diselesaikan ditambah lagi jelajah yang dibuat bermalam.

  Namun perancangan Allah itu indah percaturan telah disusun dengan terliti komitmen yang dirancang tidak menjadi dan peluang yang kosong diisi dengan menyertai Jelajah Ramadhan ini bersama-sama sahabat-sahabat handai yang sangat kukenali tidak pernah kenal apa ertinya penat dalam bergerak kerja. Jelajah ini bukan untuk suka-suka melainkan bagi memenuhi tuntutan dakwah di utara Sabah daerah Kudat dan kawasan pendalaman Kudat. Tentatif program 2 hari 1 malam disusun dengan begitu indah dan teratur sudah pasti siapa saja yang mengikuti program yang singkat ini insyaALLAH perkatan Alhamdulillah dan SubhanAllah yang sudah pasti yang akan terluah dari bibirnya.

        Destinasi pertama  setibanya di pekan Kudat adalah masjid yang gah indah berdiri iaitu Masjid Assyakirin Kudat  sewaktu pertama kali melihat Masjid ini perkataan keluar dibibir dan didengari oleh adik usrah yang dibawa bersama mengikuti jelajah ramdahan  “eikk sama pula masjid di kampung kita Masjid Jamek Likas” tiba-tiba timbul rasa kerinduan dengan rumah (homesick seketika). Namun apa yang dapat dikatakan Masjid ini sangat indah dan sejuk  cumanya peristiwa kelabu yang membuat diri ini trauma seketika diruangan  wuduk  wanita (pakcik kita salah masuk ruang wuduk wanita)  adakalanya mematikan keindahan yang terbenam difikiran.

                Seterusnya destinasi kedua adalah tempat tujuan utama yang membawa kami sampai Ke kudat iaitu kampung Pantai Bahagia dan Kampung Pangaraban yang merupakan kampung terkorban dalam kebakaran yang berlaku 4 hari sebelum Ramadahan tiba.. Allahu Robbuna disamping kita mempersiapkan diri dan menyediakan keperluan Ramadhan rupanya ada saudara-saudara kita di utara Sabah yang berkelombang dengan api kepanasan rumah yang didiami bertahun-tahun hancur lebur dijilat api kepanasan dunia hanya tinggal sehelai sepinggang. Hanya tapak peninggalan rumah yang masih bersisa dengan kayu-kayu rumah yang terbakar dijadikan tapak permainan kanak-kanak yang masih ada yang tidak faham apa sebenarnya yang berlaku, dijadikan tapak basuhan kain, dan kawasan isterehat sayu hati melihat.


Belon….belon…. belon… warna pink . Jeritan anak kecil yang keriangan kami bekalkan belon yang kami bawa daripada kk, bantuan yang kami bawa tidaklah semahal mana hanya barangan keperluan asas bagi menggalas perut serta makanan ringan untuk anak-anak kecil Kampung Pengaraban dan Kampung Pantai Bahagia. Melihat senyuman yang terukir cukup menggembirakan hati-hati yang melihat hilang segala rasa sayu pilu di dalam hati.


Wahai anak-anak dan adik-adiku semoga kalian tabah hadapi dugaan kecil dari Allah Swt.  Berdoalah agar hajatmu dikabulkan di bulan yang penuh barakah ini.  Jadi anak soleh dan solehah, belajar bersungguh-sungguh semoga kehidupan duniamu yang hilang seketika ini ada nilaian disisiNYA… ada Perancangan terbaik dariNYA yang mahu jadikan hidupmu lebih baik dari sebelumnya Ameen ya Rabb.

Da’ah na tangisin Suratan takdir … pa’ab ka tonggan magtimug na kam kamemon 
(bajau Ubian)

Yakinlah dengan janji Allah swt bahawa DIA tidak akan uji hambanya melainkan sesuai dengan kesanggupan.
Dan Allah swt juga telah berfirman

“Dan kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan,kelaparan,kekurangan harta,jiwa,dan buah-buahan. Dan sampaikanlah kabar gembira kepada orang-orang yang sabar, (Al Baqarah ayat:155). 

Kamu saudaraku diuji kerana Allah yakin kamu mampu!!! Qawy lillahitaala..
Berakhirnya program pertama kami setibanya di Kudat  dan ambil gambar sebagai kenangan  di sekitar dewan penempatan sementara kampung  Pantai Bahagia. Semoga jika ada umur yang panjang tahun hadapan  jelajah ramdhan ke kampung ini lagi dan perubahan kampung akan lebih baik dari kini  Kampung Bahagia seindah-indah nama InsyaALLAH.



# Barisan bawah:  dari kanan: Siddiq, Addy
#Barisanatas:darikanan: Sri,Yumi,K.Masrah,Shu,Unie,K.azlinah,K.Rus,K.Yuyu,K.laila,Imah,K.Ieka,K.Has


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kalian agar kamu bertakwa” (QS. Al Baqarah: 183.
Setelah penat mengedarkan sumbangan kini hak badan dan perut perlu ditunaikan juga setelah  membeli juadah berbuka puasa  di bazar Kudat yang menjual pelbagai  jenis juadah kami ke Esplanet Kudat  untuk berbuka puasa. Esplanet ini bukanlah restoran tertutup bertaraf bintang-bintang melainkan ianya cuma kawasan rehat tepi laut yang ada di tengah-tengah Pekan Kudat. Namun  suasananya cukup nyaman dan tempatnya juga cukup cantik dihiasi lampu-lampu nion. Dan desiran bunyi ombak dilautan Pekan Kudat cukup menyenangkan hati walaupun hanya beralaskan banner Jelajah Ramadhan yang kami bawa bersama hehehe…. (kepala orang dalam banner kami tidak duduk ya)

Iftar kami ini bergabung dengan sahabat-sahabat muslimin dari sixma prudential BSN takaful (ada seorang dekat belakang  baju merah tumpang  dalam gambar). Seterusnya kami kembali ke masjid Assyakirin untuk  menunaikan solat terawih dan teruskan dengan mendengar wacana PSS dalam qiammulailal yang adik-adik kru kudat buat.

wacana Pss
ustazh:azlinah
ustz Yus
SubhanAllah sesuatu perkara yang mahu kongsi juga seorang hamba Allah wajahnya sangat familiar di kawasan Sepanggar (pemuda sepanggar) dialah Pss kudat dia juga lah pengarah program Qiam.
 Yang pada ketika itu Pss Kudat hanya dua orang mereka lah mt mereka juga guide riadah dan ajk urus setia serta si tukang masak iftar dan sahur dengan dibantu oleh adik-adik. Semoga penat lelah mereka dapat  ganjaran disisi Allah swt Qawy sahabat lillahitaala.

:

            #tb pic bersama adikku shuwatie maidin
Berpagi-pagian kami beriadah bersama adik-adik peserta qiam kudat sebelum bertolak ke destinasi terakhir… let’s guys follow and join our journey to find mardatillah.. da’wah without border..


Tibanya kami di kampung Andap Bangau perkampungan muallaf yang perjalanannya mengambil masa selama  45 minit dari Bandar Kudat. “Andap” berasal dari berkataan “Naandap”  yang diadaptasikan daripada bahasa rungus  yang bermaksud mudah terbakar. Memang tidak dinafikan kawasan kampung Muallaf ini sangat panas dan sepanjang perjalanan kami untuk sampai ke Kampung ini kelihatan banyak  kesan hutan-hutan yang telah terbakar.

Dan bagi saya pula yang merupakan  pelajar memang mengkaji bidang permukaan bentuk muka bumi dan flora dan fauna ini keadaan sedemikian sememangnya sangat memilukan hati. Tiada lagi kehijauan yang memancar di hari-hari pagi oleh kerana telah dimusnahkan oleh api kepanasan dan keadaan tanah juga yang kering kontang. Dan kelihatan banyak rumah-rumah kayu dari bambu yang dibina yang mana ia merupakan penempatan bagi kaum majoriti Rungus di kawasan berkenaan.

 Sepanjang perjalanan kelihatan gereja-gereja kecil dua dibina di kawasan kampung Andap ini, masuk ke dalam kampung baru kelihatan surau kayu usang yang menjadi pusat pengajian ilmu fiqh agama bagi kaum minoriti Islam di kampung Andap ini.  Pada asalnya penduduk kampung ini adalah merupakan golongan Muallaf yang telah di Islamkan secara beramai-ramai namun kerana kurangnya pendedahan Agama selepas fasa awal pemelukan Islam akhirnya mereka kembali ke agama asal iaitu agama kristian. Dan peristiwa ini sungguh memberikan banyak pengajaran dan sudah pasti sangat mengecewakan oleh kerana telah nampak kegagalan kita  sebagai umat Islam dalam dakwah bagi membentuk biah solehah di kampung Andap pada satu ketika dahulu.

Satu perkara juga yang masih sering teringat dan  sering kedengaran di telinga  dengan apa yang diceritakan oleh encik Mohd (bukan nama sebenar) iaitu orang kuat yang menegakkan Islam di kampung Andap ini.
“Jika mahu mengaji ilmu agama (al quran)” perlu berdepan dulu dengan parang” 

 Allahu Robbuna..  sungguh berat ujian mereka di sini. Jika hendak dibandingkan dengan keadaan kita, yang mana hanya perlu memilih mahu atau tidak sahaja dalam menuntut ilmu Allah swt. Itu pun adakalanya masih saja ada yang menolak dengan pelbagai alasan yang diberikan. Banyak benda yang mereka perlu perjuangkan di kampung Andap ini  disamping apa yang  menguatkan mereka hanya semangat dan rasa amanah dan tanggungjawab sebagai seorang muslim dan aqidah saja yang membuatkan syiar Islam berkembang di kampung Andap Bangau ini.

“kami perlu perjuangkan kedudukan surau ini yang mereka kaum kristian mahu letakkan di hujung sana (area payah berdekatan kawasan penternakan khinzir)”. “ Pagar Surau juga perlu kami bertegas sebab mereka mahu letakkan di bahagian belakang sudah pasti tidak tepat pintu surau kita buat didepan dan pagar di bahgian belakang”. 

 Surau kampung ini juga mereka  (kaum kristian) yang buat semata-mata untuk mendapatkan ganjaran. Sesunggunhya perjalanan kami ke kampung saudara kita ini sangat-sangat memberikan kesan bukan hanya pada ingatan tapi juga sangat berbekas dihati yang mana disamping kita berasa selesa pada kedudukan kita yang berada didunia selesa rupanya ada saudara kita yang berjuang dengan kesakitan dan kesengsaraan derita perit kehidupan dengan menjadi golongan yang tertindas dalam kelompok majoriti…
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. (Al Baqarah ayat-286”
“YA ALLAH JANGAN KAU BEBANKAN SAUDARA KAMI DAN KAMI DENGAN BEBAN YANG BERAT SEBAGAIMANA ENGKAU BEBANKAN KEPADA ORANG-ORANG YANG SEBELUM KAMI. YA ALLAH JANGANLAH KAU PIKULKAN KEPADA KAMI APA YANG KAMI TIDAK SANGGUP MEMIKULNYA ENGKAU PENOLONG KAMI MAKA TOLONGLAH KAMI TERHADAP KAUM YANG KAFIR” (AL BAQARAH: 284-286).
Qawy illahitaala saudaraku. Setiap mukmin itu adalah bersaudara J



#tbpic senyuman tanda kami kuat InsyaAllah.. puasa-puasa bah ni kami kurang tidur, perut berkeroncong jarak jauh kami tahan hehe J.
Sayonara Kudat .. Ahlan wasahlan  kk.. J
Hati kami sedih sikit sebab orang janji dalam tentatif asal mahu singgah ke Simpang Mengayau Kudat tapi tidak jadi perjalanan kami perlu disegerakan ada program baru menunggu di kk… Go to SSMI (Nisa sepanggar)  dan Edaran bubur lambuk (PPK Sepanggar)…J InsyaAllah Raya kami datang lagi…

#tbpic smart solat kg. Andap bangau Kudat…J


#tbpic…dia tutup mata comel sangat
#dia anak usatazah yang mengajar agama di perkampungan muallaf Andap Bangau.
Ku usap kepalanya ibarat anak kecil (ehem macam praktis jadi ibu sudah ni J) dia tidak mampu berkata-kata lemas berpuasa dan sangat haus  katanya. Gelagatnya sangat mencuit hati  jumlah puasanya  11-2 = 9 dia hanya gunakan bahasa isyarat tangan denganku hehe. Pastinya budak ini akan dirindui, Semoga jadi anak Soleh..



#tb pic kami geng Van sebelum bertolak ke kk kami kongsikan gambar dihadapan surau kampung Andap Bangau Kudat.
Dari kiri- Yumi, Laila, Unie,Sri, Shu,k.Has, dan satu-satunya Jejaka penumpang Van Siddiq. J



# Teruskan bersama kami kekuatan kami sokongan anda J












Ahad, 23 Jun 2013

sabar....

sejak akhir-akhir ini terlalu banyak masalah yang terpaksa diri ini lalui sendiri... alhamdulillah benar kata-kata  sahabatku setiap apa saja yang kita lalui ada hikmah di sebaliknya percaya pada janji Allah yang mana Dia tidak sesekali memberikan kesedihan kepada seseorang itu tanpa sebab dan Dia juga tidak memberikan suatu kegembiraan itu tanpa bersebab... alhamdulillah hampir 3 minggu sudah diri ini melangkah kembali ke sekolah untuk meneruskan pengajian sem akhir di smkp likas ... namun keadaan diri yang sangat sibuk di k rasakan pada akhir-akhir ini banyak benda yang perlu difikirkan terutama sekali yang berkaitan dengan penggalasan sesuatu amanah takut pada diri sendiri sekiranya amanah yang diterima akta dibuat sekalipun tidak dapat di galas dengan sebaik mungkin. Namun alhmdulilla berkat kesibukan yang dilalui dalam kehidupan seorang pelajar dapat diri ini lupakan segala masalah-masalah yang boleh menzalimi diri sendiri. Ya Rabb Rabbi yassir watuassir... innALLAH ma ana.

Khamis, 6 Jun 2013

Redhokan hati ini Ya Rabb....

ya mutta'ali 
wahai tuhan yang sentiasa 
memperbolak balikan hati 
tetapkanlah hatiku agar sentiasa 
tidak jauh darimu 
dan jangan sesekali engkau 
membolak balikan hati ini 
setelah engkau memberikan sentuhan hidayah.....

ya Rabb malu rasanya diri ini untuk berbicara denganMU...rasanya diri ini tidak layak untuk dilebalkan sebagai serikandi agama , mujahidah, amirah dan raishah kerana diri ini masih rela dibelenggu dengan perasaan cinta dunia. Berkali-kali hati ini cuba dipujuk agar menjauhkan perasaan itu namun apakan daya diri ini cuma insan biasa Ya Rabb... tidak pernah seskali diri pinta untuk terbelenggu dengan masalah hati yang belum tentu ada penawarnya selain mati... Ya Rabb Engkau  sebaik2 pencipta yang sentiasa memahami sifat fitrah hambaMU dari sebesar-besar perkara sehingga berakhirnya sekecil-kecil perkara 
Ya Rabb engkau maha adil kerana tidak pernah sesekali Engkau menyuruh hambaMU untuk menzalimi diri sendiri bilamana engkau titipkan berita gembira yang menyatakan bahawa Cinta itu merupakan satu fitrah manusia namun jangan sesekali cinta yang fitrah ini bertukar durjana menjadi Fitnah...
jangan jadi hamba kepada cinta yang sanggup mati kerana cinta yang jauh dari ilahi
jangan sandarkan rasa cinta semata-mata kerana keinginan hati dan nafsu semata nauzubilallah ...
Ya Rabb sekiranya cinta yang wujud dalam diri ini semata2 keranaMU maka biarlah ianya mengalir mengikut aliranMU.....
Dan titipkan rasa redho atas segala keputusan yang bakal di terima seandainya memang tiada ruang dan jalan untuk berlakunya penyatuan ikatan di dunia... 

MULIATIZ KIBTIYAH NAMA DIBERI,

SRI MULIATI SYUKURI KURNIAAN NAMA,

WAHAI MUSLIMAH IKLASKAN HATI,
DOA & AMAL ILAHI BERKATI NAMA.





Rabu, 5 Jun 2013

genap 19 tahun usia ku kini....


assalammualaikum lamanya muliati tinggalkan blog kesayangan ini berhabuk tanpa penghuni....rasa2 last post yang muliati buat sekitar bulan november 2012 masa final exam untuk sem 1 wish untuk diri sendiri ^_^ sekarang pula dah masuk bulan jun 2013 lamanya kubiarkan blog berhabuk tanpa sebarang nafkah pembersihan betul2 pemilik blog nie tidak perihatin betul hishishis.....

memandangkan lama tidak bersua muka banyak benda yang diri ini ingin kongsikan sebenarnya tapi tidak tahu lah mahu mula cerita macam mana (mantel block seketika) yang paling mengembirakan diri ini ialah kemarin 5 jun 2013 genap usia 19 tahun ... ya genap 19 tahun diri ini hidup di  bumi tuhan yang bertuah ini , bersama kedua ibu bapa yang sangat menyayangi diri ... ya rabb macam mahu menitis air mata bila mengenangkan usia diri ini yang semakin hari semakin lanjut ... bila memikirkan semakin hari semakin takut .... persoalan2 bertubi2 keluar dari hati nurani apakah yang telah diri ini sumbangkan untuk agama islam sepanjang usia di tahun2 yang sudah??? adakah diri ini sudah menjadi anak solehah bagi kedua orang tua seperti mana janjiku bersama ilahi  ketika di alam rahim lagi??? ya rabb ... kerdilnya diri ini  rasa hinanya aku menumpang di bumiMU memakan hasil rezeki pemberianMU sekiranya tiada satu pun sumbanganku untuk agamaMU yang syumul.... namun diri ini imbas kembali alhamdulillah beberapa tahun lepas diri ini sudah mula berjinak2 dalam berjemaah bagi menyumbangkan sedikit masa dan fikrah serta tenaga untuk sama2 aktif dalam program2 islam , dan menyampaikan tanggungjawab sebagai seorang muslim ... namun sumbangan itu masih terlalu sedikit jika hendak dibandingkan dengan nikmat yang ALLAH telah kurniakan..... namun ya rabb semoga meningkatnya usiaku kini semakin meningkat jugalah keimanan dalam diri  ameen ya rabb.....

Jumaat, 30 November 2012

Aku hanya seorang Insyirah


Aku hanya seorang Insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.

Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam. Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.